Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

IENA 2013

 

1

High Phloretin-G (Antioxidant) Drink From Limau Kasturi Waste

Dr. Suri b. Roowi (Pusat TM)

GOLD AWARD

2

MYG-Mung Bean – New and Highly Nutritious Tempeh

Dr. Kamariah bt Long (Pusat BT)

GOLD AWARD

3

Halal Information Checking and Ordering System

Dr. Teoh Chin Chuang (Pusat MA)

 BRONZE AWARD

KUALA LUMPUR, Rabu 6 Nov – MARDI terus melakar kejayaan apabila sekali lagi dianugerahkan dua pingat emas dan satu gangsa dalam penciptaan terbaharunya di International Trade Fair (IENA) di Nuremberg, Jerman dari 31 Okt hingga 4 Nov lepas.

Menurut MARDI, tiga ciptaan itu ialah Minuman Tinggi Floretin-G (Antioksidan) dari hasil sampingan limau kasturi, dan MYG-Mung Bean (produk makanan berfungus generasi baru) yang mendapat pingat emas, dan Sistem Pemeriksa Informasi Halal dan Pesanan mendapat pingat gangsa.

Ketiga-tiga penyelidik yang terlibat bagi penciptaan itu ialah Dr Suri Roowi, Dr Kamariah Long dan Dr Teoh Chin Chuang. Dr Suri menemui komponen berkhasiat dalam limau kasturi iaitu Florentin-G yang mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi dan hampir menyamai bahan antioksidan dalam teh hijau.

Menurut kenyataan MARDI, produk yang mempunyai kandungan Florentin-G dibangunkan menggunakan rawatan teknologi enzim serta didapati stabil walaupun disimpan selama 12 bulan.

Selain Floretin-G, bahan vitetix-2-O-rhamnosida juga dikenal pasti dalam minuman kasturi yang dibangunkan dan di Amerika Syarikat, bahan itu diperoleh daripada hawthorn berry yang merupakan agen untuk menjaga kesihatan jantung dan mencegah penyakit darah tinggi.

Bagi MYG-Mung Bean iaitu produk makanan berfungus generasi baru, Dr Kamariah menghasilkan teknologi itu dengan melihat budaya pemakanan masyarakat masa kini yang lebih terdedah dijangkiti penyakit berbahaya seperti darah tinggi dan kencing manis. Diinspirasikan daripada tempe, ia dihasilkan melalui kaedah teknologi fermentasi kacang hijau menggunakan mikroorganisme terpilih dan ia adalah agen pencegahan kanser, anti stres, anti keradangan, meningkatkan sistem imun dan anti pigmentasi.

Sistem Pemeriksa Informasi Halal dan Pesanan yang dihasilkan Dr Teoh pula membangunkan cara pesanan di gerai makanan dan restoran yang merangkumi komponen ‘e-halal checking’ bagi memeriksa informasi halal, e-menu (maklumat makanan), e-ordering (pesan makanan menggunakan telefon pintar dan tablet) dan e-receipt bagi menjimatkan kos percetakan.

Prestasi pencapaian kemenangan 100% ini berjaya di kekalkan  semenjak MARDI menyertai pertandingan ini mulai tahun 2007 hingga kini. Syabas diucapkan kepada inventor, kolaborator, JK Pemantapan dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengekalkan prestasi kemenangan ini.

Comments on: "Pencapaian MARDI di International Trade Fair (IENA) – Nuremberg, Jerman" (2)

  1. Samsir Bin Hj Jaafar said:

    Salam untuk semua warga Mardi.

    Tahniah tentang peghasilan produk baru TEMPE KACANG HIJAU.

    Saya sangat berminat dan ingin mengetahui pembuatan tempe kacang hijau. Bolehkah pihak Mardi memberi kursus bagi mereka yang berminat.

    Thanks in advance for your kind support. Best regards. _____________________ Hj Samsir Hj Jaafar SMM Eng Dept. 1 Hp: 0197553631 tel : 6-07-4302223 global : 8062-2223

    “Save a tree. Don’t print this e-mail unless it’s absolutely necessary.” _____________________

    ________________________________

    • Terima kasih di atas ucapan tahniah dan minat saudara terhadap teknologi ini. Untuk makluman, MARDI tidak lagi mengadakan kursus tersebut. Pihak admin mencadangkan agar tuan terus menghubungi sendiri Dr. Kamariah Long berkenaan dengan produk ini di nombor 03-89437732 / Faks 03-89456037 / amai@mardi.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: