Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

image

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Pelaksanaan Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) terhadap produk pertanian tidak akan membebankan pengguna kerana kos ditanggung oleh pengeluar.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga berkata GPL akan membawa kebaikan kepada pengguna dan pengeluar.

GPL akan memastikan pengguna mendapat kualiti terbaik manakala pengeluar pula menikmati pulangan dari segi peningkatan kecekapan dan daya saing di pasaran selain meluaskan akses pasaran dan jualan, katanya kepada pemberita, selepas melancarkan Peraturan GPL di sebuah pasar raya, di sini Selasa.

GPL dikuat kuasa sejak 1 Julai 2011 dan dilaksana secara berperingkat bagi memberi ruang kepada pengeluar, pemborong dan peruncit bersedia sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata Peraturan GPL dapat meningkatkan eksport khususnya ke negara yang mengenakan syarat ketat seperti Jepun, Singapura dan Brunei, selain mengawal selia pengimportan produk pertanian yang tidak mematuhi standard, khususnya dari China dan Thailand.

Menurutnya, penguatkuasaan Peraturan GPL bagi hasil pertanian yang diimport dan eksport akan menggunakan aplikasi e-Sijil 3P sepenuhnya bermula 1 Jan tahun depan.

– BERNAMA

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: