Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

PUTRAJAYA, (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasar mewujudkan sebanyak 1,000 Karavan Tani di seluruh negara dalam tempoh setahun.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia adalah usaha kerajaan untuk memodenkan pasar tani dan membantu peserta pasar tani memasarkan hasil pertanian dan produk makanan secara bergerak dengan van yang seragam dan peragaan produk yang teratur, kemas dan bersih.

Beliau berkata Karavan Tani juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memerangi orang tengah.

“Kini, terdapat 52 unit Karavan Tani yang beroperasi di sekitar Selangor. Kita menyasar jumlahnya akan meningkat kepada 1,000 dalam tempoh setahun.

“Sehubungan itu, kita akan buat ‘roadshow’ di pasar-pasar tani di seluruh negara untuk menarik lebih ramai usahawan, khususnya golongan belia untuk menyertai projek ini dan menjadi ushawan tani,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Tranformasi Peruncitan Melalui Karavaan Tani di Pasar Tani Presint 2 di sini Jumaat.

Ismail Sabri berkata Tekun Nasional akan bekerjasama dengan FAMA bagi membiayai usahawan yang berminat untuk menyertai projek ini dengan pinjaman mudah melibatkan pembiayaan sehingga RM100,000.

“Ini termasuk RM80,000 bagi membeli karavan (lori jenis luton van pikup) yang akan diubah suai khas dan dilengkapi tempat penyimpan dan tangki air untuk keperluan perniagaan dan RM20,000 sebagai modal perniagaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata Karavan Tani akan beroperasi di lokasi yang dikenal pasti termasuk tapak pasar tani sedia ada, kawasan letak kereta tempat tumpuan orang ramai, pejabat-pejabat kerajaan dan kawasan perumahan serta tapak pasar malam atau pasar harian.

“Sekiranya Karavan Tani ini mendapat sambutan pada masa depan, kita akan mewujudkan tapak khas untuk Karavan Tani,” katanya menambah Karavan Tani akan diperkenalkan mengikut pelbagai kategori seperti sayur, buah-buahan, daging, ikan, ayam, makanan, minuman dan produk industri asas tani.

Mereka yang berminat untuk menyertai projek Kravan Tani boleh membuat permohonan melalui Bahagian Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat atau Pejabat FAMA Negeri dan Daerah berhampiran atau muat turun melalui laman web http://www.fama.gov.my.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: