Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

SIK 9 Okt. – Peserta Azam Tani diingatkan supaya tidak menyalahgunakan bantuan yang diterima, selain berusaha keras meningkatkan ekonomi keluarga untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid berkata, program Azam Tani merupakan kesinambungan transformasi kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah bagi golongan miskin.

Justeru, katanya, peluang tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk merobah kehidupan masing-masing.

“Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan kerajaan sentiasa mencari jalan dan caranya bagi membantu rakyatnya agar tidak terbeban dengan masalah ekonomi rumahtangga mereka.

“Rakyat juga perlu berusaha dan mencari jalan untuk menambah pendapatan supaya mereka dapat hidup dengan lebih sempurna dan selesa,” katanya ketika merasmikan majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Latihan Pengendalian Makanan dan Penyerahan Bantuan Peralatan Peserta Azam Tani Daerah Sik di Sik Inn di sini baru-baru ini.

Program yang dikendalikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kedah dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu membolehkan 50 peserta mengikuti kursus pengendalian makanan.

Menurut Mahadzir, melalui latihan tersebut, peserta didedahkan dengan aspek pengendalian makanan dan minuman serta perlaksanaan dengan cara yang betul.

“Melalui kursus ini, dapat meningkatkan pengetahuan dan daya saing supaya peserta tidak ketinggalan dalam bidang yang diceburi,” katanya.

Peserta, Som Sin Endin Tap, 47, yang menjalankan projek kedai makanan dan minuman di Kampung Baru Kura, Jeneri dekat ini melahirkan rasa gembiranya kerana terpilih mengikuti latihan tersebut serta menerima bantuan Azam Tani.

“Saya sangat gembira menjalani latihan pengendalian makanan dan minuman. Selepas ini saya boleh menjalankan projek kedai makanan dengan lebih giat lagi hasil bantuan barang Azam Tani yang diterima hari ini,” kata Som Sin.

Ibrahim Mat Kasa, 43, dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Sungai Semiar, Jeneri turut melahirkan rasa syukur kerana terpilih untuk menerima barangan Azam Tani yang berupa mesin rumput dan peralatannya.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana peka dengan masalah ekonomi rakyat. Dengan adanya mesin rumput ini bolehlah saya bekerja dengan lebih giat lagi untuk menambah pendapatan keluarga,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: