Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

 

gambar hiasan

PASIR PUTEH 1 Okt. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membelanjakan peruntukan berjumlah RM15 juta di bawah projek Azam Tani bagi membantu rakyat keluar daripada garis kemiskinan tegar.

Timbalan Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Masri Muhamad berkata, seramai 1,500 peserta terutama petani di seluruh negara dipilih menyertai program itu.

“Pendapatan tujuh puluh peratus daripada mereka telah berjaya dilipatgandakan daripada RM600 kepada RM1,500 sebulan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan projek Azam Tani kepada 19 peserta di Padang Pak Amat di sini, semalam.

Mereka menerima pelbagai bantuan peralatan seperti mesin jahit, mesin pemerah tebu, motosikal beroda tiga dan alat penyembur racun.

Masri berkata, di Kelantan, seramai 150 peserta memperoleh bantuan peralatan hampir RM10,000 seorang.

“Ada di kalangan mereka terutama yang menjual santan kelapa segar mampu mencapai pendapatan antara RM7,000 hingga RM10,000 sebulan,” katanya. – BERNAMA

Comments on: "MARDI Peruntuk RM15 Juta Tingkat Pendapatan Miskin Tegar" (1)

  1. […] Timbalan Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Masri Muhamad berkata, seramai 1,500 peserta terutama petani di seluruh negara dipilih menyertai program itu.  MARDI […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: