Jalinan Kerjasama MARDI-KETENGAH

DSC_799129 Sept, Kuala Terengganu – Jalinan kerjasama MARDI-KETENGAH berjaya dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani di Hotel Primula,Kuala Terengganu sambil disaksikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu dan YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kerjasama antara MARDI dan KETENGAH telah mula seawal tahun 1999 melalui beberapa projek yang memerlukan pakar rujuk. Kerjasama tersebut diteruskan hingga ke hari ini dalam konteks yang lebih meluas, merangkumi kerjasama penyelidikan dan pembangunan inovasi pertanian, pembangunan produk nilai tambah, pembangunan modal insan dan latihan serta pembangunan agro-pelancongan.

Pada ketika ini, MARDI bersama-sama Kerajaan Negeri Terengganu dan KE TENGAH telah berjaya membangunkan Taman Tropika Kenyir di Tasik Kenyir. Projek yang dimulai pada tahun 2010 telah lengkap dan mula menerima pengunjung pada penghujung tahun 2012. Pembangunan fasa kedua juga telah mula dijalankan bagi memperkukuhkan lagi peranan Taman Tropika Kenyir sebagai produk eko-pelancongan dan eko-pendidikan, menerusi pembangunan stesen ‘outreach’ penyelidikan agrobiodiversiti dan dijangka berakhir pada tahun 2015.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Hj. Ahmad b. Said

Menteri Besar Negeri Terengganu Darul Iman; Yang Berhormat Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie b. Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Yang Berbahagia Dato’ Ibrahim b. Muhammad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Yang Berbahagia Dato’ Hjh. Sutinah bt. Sutan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM; dan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sharif b. Haron, Ketua Pengarah MARDI.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s