Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

TERENGGANU, 29 Dis – Z’Tasty, jenama baharu produk makanan laut di Terengganu, menyasarkan produknya mampu menembusi pasaran antarabangsa tahun 2013.

Pengarah Pemasaran dan Jualan Sinku Food Industries Sdn Bhd Mohd Hairiezan Rasli berkata produk jenama Z’Testy diperkenalkan di London sempena festival makanan di sana tahun lepas.

“Dalam tempoh terdekat ini, Z’Testy akan memperluaskan pasaran hasil laut Terengganu ke Eropah dengan bantuan Angkasa Food, anak syarikat Angkatan Koperasi Malaysia Berhad,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata untuk itu, syarikat pengeluar keropok utama Terengganu itu sedang berusaha mendapatkan sijil halal bagi merealisasikan matlamat tersebut.

“Dari segi pengeluaran tidak ada masalah, kita mempunyai hasil pengeluaran yang mencukupi. Sekarang kita cari pasaran untuk luar negara,” katanya.

Produk utama Z’Tasty setakat ini meliputi keropok, udang, isi ikan dan ikan celup tepung, dan bakal mengeluarkan produk berasaskan hasil laut tidak lama lagi.

Mohd Hairiezan berkata syarikat itu yang kini beroperasi di kawasan Hab Halal Chendering Terengganu mampu mengeluarkan tiga hingga lima tan metrik produk sehari.

Katanya Sinku Food Industries Sdn Bhd, milik usahawan Bumiputera, mendapat bantuan peralatan seperti mesin keropok daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), MARDI serta Jabatan Perikanan.

Ia mula beroperasi pada 2005, dengan tapak kilang disewa daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

“Kita bercadang memiliki tapak sendiri pada masa akan datang jika ada rezeki,” katanya.

Mohd Hairiezan berkata pada tahun depan, Z’Testy merancang membuka 30 kios Z’Testy di pusat membeli-belah di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Pulau Pinang, bagi memberi peluang kepada usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan hasil laut.

 – BERNAMA

Comments on: "Z’testy Pengeluar Produk Hasil Laut, Mahu Tembusi Pasaran Eropah Tahun 2013" (1)

  1. […] Pengarah Pemasaran dan Jualan Sinku Food Industries Sdn Bhd Mohd Hairiezan Rasli berkata produk jenama Z’Testy diperkenalkan di London sempena festival makanan di sana tahun lepas.  BLOG MARDI […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: