Pelancaran Buku Ilmiah Terbitan MARDI

buku ilmiah

Serdang, 30 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menerbitkan beberapa buku ilmiah yang dapat dijadikan bahan rujukan yang sangat berguna terhadap masyarakat dan usahawan yang berminat dalam sektor pertanian. Buku-buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh para usahawan, pentani mahupun pelajar kerana mempunyai maklumat lengkap. Ianya ditulis oleh para pegawai penyelidik MARDI yang berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu. Buku-buku ilmiah tersebut telah dilancarkan oleh Y.B Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara buku-buku yang telah diterbitkan adalah Buku Mekanisasi Pengeluaran Makanan adalah buku berbentuk monograf bersiri yang menghuraikan teknologi mekanisasi pengeluaran makanan yang telah dihasilkan di MARDI. Penerbitan ini menghasilkan tiga teknologi mekanisasi bagi menghasilkan produk telur masin, keropok lekor dan karipap segera.

Penerbitan buku Panduan Pelaburan dan Kos Pengeluaran Ternakan pula merupakan satu usaha MARDI untuk memindahkan maklumat dan pengetahuan daripada dapatan penyelidikan untuk kepentingan pembangunan  industri ternakan negara. Maklumat asas yang dipapar dalam buku ini dijangka dapat menarik minat  pembaca terhadap industri ternakan bagi membantu mereka membuat keputusan untuk melabur dan melibatkan diri dalam industri  ternakan.

Selain itu, buku Banana Collection in Malaysia diterbitkan untuk memberi maklumat bergambar yang boleh dijadikan rujukan kepada  pelajar, saintis, pengusaha, usahawan atau orang orang awam yang berminat dengan tanaman pisang.

Buku yang diturut dilancarkan adalah buku Penanaman Nanas Berjentera. Buku Manual penanaman nanas berjentera bertujuan menyediakan panduan asas aspek-aspek terkini dan memberikan  maklumat lengkap  dalam penggunaan teknologi jentera dan mekanisasi dalam pengeluaran nanas di tanah mineral.

Turut hadir ke majlis ialah Y.Bhg Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman, Ketua Pengarah MARDI.

Advertisement

4 thoughts on “Pelancaran Buku Ilmiah Terbitan MARDI

    1. Bagi yang berminat untuk mengetahui kelulut (menternak,mengenali dan menggunakan) di MARDI Serdang, sila hubungi Pejabat Pengarah Pusat Sumber Strategik untuk maklumat lanjut di talian 03-8943 7389 atau En. Mohd Fahimee Jaapar di talian 03-89437872.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s