Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Serdang, 23 November – Atas kesedaran umum yang semakin meningkat mengenai kesan pestisid seperti organofosfat dan karbamat terhadap bahan makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya membangunkan kit pengesan pantas sisa pestisid (OP-CB) bagi membolehkan sisa pestisid tersebut dapat dikesan di peringkat awal. Melalui kaedah konvensional, pengesanan pestisid mengambil masa beberapa hari dan kos yang tinggi. Namun, menggunakan Kit OP-CB ianya mengambil masa 15 hingga 30 minit berbanding dengan kaedah konvensional yang memakan masa tiga hingga lima hari.

Kit OP-CB ini juga turut memberikan persaingan tinggi kepada ujian konvensional kerana ianya amat menjimatkan kos. Kos per ujian menggunakan OP-CB adalah sekitar RM30.00 berbanding konvensional yang mencecah RM 300 hingga RM500 bergantung kepada jenis sampel. Kelebihan ini menarik minat sayrikat tempatan iaitu One Point Healthlab Sdn Bhd (OPHL) untuk mengkomersialkan teknologi berkenaan. Melalui perjanjian perlesenan antara OPHL dan MARDITech Corporation Sdn Bhd., panel MTDC telah berjaya diyakinkan untuk meluluskan dana untuk tujuan peningkatan skala pengeluaran Kit OP-CB.

Teknologi ini telah mula diperkenalkan di setiap negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan mendapat sambutan menggalakkan. Ia juga turut menarik perhatian agensi dari negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand. Oleh itu, Kit OP-CB dijangka mampu dipasarkan di luar negara melalui aktiviti promosi yang ditingkatkan.

Turut hadir adalah Y.Bhg Dato’ Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha, Y.Bhg Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman, Ketua Pengarah MARDI; Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr Hj Mohd Noor Bin Ismail, Pengerusi, Kumpulan MARDITech Corporation  Sdn. Bhd.; Y.Brs. Pn Rahmah bt Abd Rahman, Pengarah Urusan One Point Health Lab Sdn. Bhd

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: