Kafe teknologi moden untuk masa depan

480585_410750168997024_212501860_n

Serdang, 25 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang telah membangunkan konsep sistem dapur pusat yang menggunakan peralatan moden dan teknologi MARDI dengan jaminan keluaran produk yang berkualiti dan selamat. Teknokafe juga dibina bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat umum bagi melihat sendiri bagaimana pemprosesan produk makanan dilakukan menggunakan teknologi dan mesin.

Di antara mesin-mesin yang digunakan adalah mesin pemprosesan mini murtabak yang turut dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji  Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada majlis ini. Mesin lain yang ada di Teknokafe ini adalah mesin keropok lekor, mesin pembakar sate, mesin kelim karipap dan buah-buahan.

Kelainan Teknokafe daripada kafe lain adalah ianya mengutamakan amalan kebersihan, penggunaan teknologi pemprosesan yang mode

YAB Tan Sri Dato’ Haji  Muhyiddin bin Mohd. Yassin juga turut menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara MARDI dengan Syarikat Waldania Automation Sdn Bhd bagi pelesenan teknologi bagi Mesin Semaian Anak Benih (Tray Seeder) serta teknologi Penabur Baja Berbutir Bergalas  dengan syarikat Nafas Jentera Sdn Bhd.n dan pengurusan operasi yang teratur. Konsep ini sesuai diketengahkan kepada institusi sajian makanan dan boleh juga dijadikan satu sistem francais dalam penyediaan makanan berkualiti yang dijamin tahap  keselamatannya. Penggunaan peralatan teknologi moden dalam penyediaan makanan dapat mengurangkan pengendalian secara manual dan terjaga kebersihan serta kualitinya.

Turut hadir ke majlis ini adalah Y.B Datuk Seri Noh b. Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Y.Bhg Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman, Ketua Pengarah MARDI.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s