Oleh : Mohd Johaary Abdul Hamid dan Wan Sariyah Wan Hassan
Bahagian Urusan Korporat
MARDI sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Juruteknologi Negara 2012 setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 1992 oleh Pn. Siti Saleha Talib dari Pusat Penyelidikan Bioteknologi. Anugerah ini merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan yang dimainkan oleh staf pelaksana/sokongan dalam penghasilan inovasi dan kreativiti yang bermanfaat kepada Negara. Penerima anugerah ini adalah:
Nama : En. Razali Jalaluddin (Pusat Mekanisasi dan Automasi)
Inovasi : Mesin membakar satay
Anugerah : Anugerah Juruteknologi Negara 2012 (membawa pulang sijil, plak dan wang tunai RM10,000)
Manakala, Pertandingan BioInno 2012 turut di adakan bersama-sama dengan Anugerah Juruteknologi Negara 2012, Anugerah Saintis Muda Negara 2012, Anugerah Saintis Negara 2012 dan Anugerah Inovasi Negara 2012 (Kategori : Produk, Perkhidmatan, Akar Umbi dan Sekolah). Pertandingan BioInno 2012 di adakan pada 5 -7 November 2012 yang lalu bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Pertandingan ini disertai oleh institusi penyelidikan, universiti, pihak swasta dan orang perseorangan yang fokus kepada bidang bioteknologi. Pemenang pegawai-pegawai penyelidik MARDI yang memenangi pertandingan BioInno 2012 adalah seperti berikut:
TAHNIAH MARDI!