Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Kuala Terengganu 28hb. Sept. 2012 – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melawat gerai pameran MARDI sempena Persidangan Persatuan Perlebahan SeAsia (AAA) & Apiekspo 2012 kali ke-11, di Dataran Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Dikesempatan lawatan yang bersejarah ini, Pengarah MARDI Negeri Terengganu telah memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru penyelidikan Kelulut (Trigona sp.) atau dikenali Stingless Bee yang dilaksanakan di MARDI. Antara pengisian maklumat yang telah dimuatkan dalam Pameran MARDI adalah Penyelidikan Kelulut sebagai agen pendebungaan, ekosistem kelulut dan kaedah ternakan koloni kelulut, dan maklumat aktiviti Promosi dan Pembangunan Teknologi.

Persidangan Apicultural dan Apiekspo 2012 di hadiri oleh lebih 200 peserta daripada 27 buah Negara seperti Australia, Kemboja, Cameroon, Kanada, China, Mesir, Jerman, India, Indonesia, Iran, Jepun, Libya, United Kingdom, Venezuela dan Singapura menyertai persidangan enam hari yang bermula 28 September lalu. Deligasi dari luar Negara juga turut menyertai Pameran Apiekspo 2012. Persidangan ini merangkumi ekspo dan bengkel turut membincangkan mengenai jenis, teknik pengeluaran, kajian bagi perubatan, kesihata, komestik serta hala tuju industri madu dunia, selain usaha bagi membangunkan industri lebah negeri bagi kemajuan ekonomi, warisan mahu pun pelancongan negeri. Pusat SR telah terlibat dalam membuat demonstrasi pemindahan koloni kelulut kepada peserta bengkel yang dijalankan di Taman Tropika Kenyir.

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pusat-pusat yang terlibat terutamanya kepada Pusat SR, PS dan HR dalam menjayakan Pameran tersebut. Terima Kasih juga kepada Dr. Norowi, En. Fahimee, Haji Hamdan, dan En Zulidham dari Pihak SR kerana telah membantu MARDI Terengganu dalam persiapan bengkel dan pameran ini. Semoga kerjasama erat antara pusat-pusat dibawah MARDI ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi membuka mata masyarakat Malaysia bahawa MARDI sentiasa menerajui Teknologi-Teknologi berkaitan Pertanian dan Industri Asas Tani.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: