Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

ImageSERDANG, 11 Sept – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada Selasa memperkenalkan varieti ketiga padi wangi yang dihasilkannya, MRQ 76 yang dijangka mengurangkan import beras wangi negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata penghasilan varieti baharu itu selaras saranan kerajaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Projek Permulaan Ekonomi (EPP) 9 untuk memajukan lagi pengeluaran padi wangi di luar jelapang padi.

Katanya ketika ini negara mengimport 30 peratus beras dari luar negara dengan 25 peratus adalah beras berkualiti tinggi seperti beras wangi dan basmathi yang perlu dijual lebih mahal daripada beras keluaran tempatan.

“Jadi di bawah EPP 9 ini, kita galakkan pula beras-beras wangi serta beras-beras hibrid yang kita import itu supaya ditanam sendiri untuk mengurangkan import dari luar negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran MRQ 76, di sini.

Noh berkata MARDI mengambil masa 10 tahun untuk membuat kajian bagi menghasilkan varieti itu setelah varieti MRQ 50 dan MRQ 74 diperkenalkan, masing-masing pada 1999 dan 2005.

— BERNAMA

Comments on: "MARDI Perkenal Varieti Padi Wangi Baru MRQ 76" (3)

  1. […] Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata penghasilan varieti baharu itu selaras saranan kerajaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Projek Permulaan Ekonomi (EPP) 9 untuk memajukan lagi pengeluaran padi wangi di luar jelapang padi.   Baca lagi di blog MARDI […]

  2. letak event calender. bulan ni ade event ape. bulan depan event ape pulak. n then. nyatakan sekali kat mane. wat untuk sepanjang tahun. kan senang.

    • Event calendar akan dimasukkan ke dalam Portal MARDI sebagai Portlet Baru. Buat masa ini maklumat ini masih boleh diakses dengan mudah melalui tab Peristiwa Akan Datang/up-Coming Event pada Portal. Sila lawati http://www.mardi.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai acara sepanjang tahun yang akan berlaku.

      Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: