Produk Genkimo Sesuai Untuk Semua Ladang

KUCHING, Selasa — Produk Genkimo yang dihasilkan melalui proses fermentasi dan pencirian secara semula jadi sesuai digunakan di semua jenis ladang ternakan dan projek pertanian yang diusahakan oleh golongan petani. Pengarah Insititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sarawak, Mohammad Noor Adros Yahya berkata, Genkimo ialah sejenis produk bioteknologi yang bermaksud ‘mikroorganisma probiotik yang sihat’ hasil  kerjasama MARDI dan  Syarikat Dazzling Destiny Sdn. Bhd.

 

“Penghasilan produk Genkimo ini diketuai oleh Pengawai Penyelidik Kanan MARDI Pusat Ternakan Strategik dan usahasama pengkomersialan produk ini mendapatkan geran Technofund daripada MOSTI,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Penutupan Seminar dan Latihan ‘HandsOn’ Penggunaan Teknologi Genkimo MARDI Sarawak di Stesen MARDI Sarawak di sini, hari ini. Menurutnya, produk Genkimo itu terdiri lima jenis iaitu, Genkimo Flora untuk semua jenis tanaman/tumbuhan, Genkimo Fauna sebagai bahan probiotik dalam minuman dan makanan ternakan, Genkimo Odor Removal untuk mengatasi masalah pencemaran bau dan lalat di ladang ternakan, persekitaran dan kawasan pelupusan sampah.

 

Sementara, Genkimo Composed pula mengandungi koloni bakteria terpilih sebagaibenih kompos, sesuai digunakan bagi menghasilkan kompos atau baja bioorganik bermutu tinggi dan Genkimo Bio merupakan bahan aditif makanan ternakan mengandungi probiotik, bakteria efektif terpilih, enzim dan asid amino.

 

“Kita yakin, melalui sistem ini, tidak ada lagi masalah bau dan lalat daripada aktiviti ternakan manakala, tanah-tanah pertanian dapat ditingkatkan kesuburannya,” tegasnya. Oleh itu, katanya, MARDI yakin bahawa sistem itu turut pertanian lestari yang membudayakan teknologi hijau dalam kehidupan dapat dibangunkan dengan lebih terjamin kepada generasi akan datang.

“Kita berharap, seminar penggunaan Genkimo ini dapat membantu melahirkan usahawan tempatan yang berteknologi dan pengkomersialan sektor pertanian ini dapat dimantapkan,” ujarnya. Tambahnya, golongan usahawan pertanian yang berminat untuk mendapatkan produk Genkimo atau mendapatkan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan MARDI.

 

“Buat masa sekarang, kita tidak mempunyai ejen jualan atau pemasaran produk ini di Sarawak, bagaimanapun, jika orang ramai berminat dalam produk ini, kita mengalu-alukan mereka berhubung dengan MARDI,” jelasnya.

 

Sumber : Utusan Sarawak

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s