Industri herba dijangka sumbang RM2.2 bilion menjelang 2020 MELAKA

Industri herba yang sedang berkembang pesat di negara ini dijangka dapat menyumbang kira kira RM2.2 bilion kepada pendapatan negara kasar menjelang tahun 2020, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata perkembangan positif program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) itu dijangka dapat mewujudkan 1,800 peluang pekerjaan, 300 usahawan herba baharu dan meningkatkan pendapatan kira-kira 1,500 petani di negara ini. Ini disebabkan industri herba kini merupakan antara industri penting dalam pembangunan makanan kesihatan di negara ini, dengan nilai pasaran dunia untuk produk berasaskan herba berjumlah RM777 bilion pada 2009, dan dijangka meningkat melebihi RM2 trilion menjelang 2020.

“Pasaran industri herba tempatan pula berpotensi berkembang sebanyak 15 peratus setahun, dengan nilai pasaran negara meningkat daripada RM7 bilion pada 2010 kepada kira-kira RM29 bilion pada 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi. Makanan (NFTS) 2012, di sini pada Selasa. ‘ Turut hadir ialah Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman dan Pengarah Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk NFTS 2012, Normah Omar. Justeru, beliau berkata petani disaran mengusahakan tanaman herba secara ladang atau tanaman bercampur supaya matlamat industry herba menerusi program NKEA di negara ini dapat dicapai.

Katanya kerajaan turut menyediakan peruntukan kepada petani dan usahawan herba. Sebagai contoh, Noh berkata kerajaan menyediakan RM25 juta kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kajian klinikal terhadap Tongkat Ali dalam usaha mendapatkan kelulusan daripada Agensi Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA). “Kita berharap melalui bantuan dan geran yang diberikan oleh kerajaan, herba yang dihasilkan di negara ini mendapat pengiktirafan USFDA untuk dipasarkan di farmasi- farmasi antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Abd Shukor berkata seminar bertemakan Makanan untuk Kesihatan : Peneraju Gaya Hidup Moden, selama tiga hari bermula hari ini, membincangkan 19 kertas kerja berkaitan perkembangan terkini makanan kesihatan di negara ini. “Secara amnya, industri makanan kesihatan telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini selaras dengan aspirasi kerajaan menggalakkan penglibatan industri kecil dan sederhana dalam indutri makanan kesihatan, dengan nilai pasaran makanan dan minuman di negara ini dianggarkan RM30 bilion,” katanya. Beliau berkata industri makanan kesihatan memberi pulangan besar memandangkan makanan kesihatan dianggarkan merangkumi antara 30 dan 40 peratus daripada jumlah makanan dan minuman yang dipasarljan di negara ini – Bernama

Sila ke laman Facebook Rasmi MARDI untuk gambar berkenaan NFTS : Facebook MARDI

Advertisement

One thought on “Industri herba dijangka sumbang RM2.2 bilion menjelang 2020 MELAKA

  1. Salam Tuan,
    Bagaimanakah syarikat kami ingin menyertai projek herba baru di Malaysia ini.

    Bagaimanakah peluang syarikat kami boleh sertai untuk memastikan sasaran pengeluaran industri herba baru di Malaysia ini dapat dicapai bersama kerajaan sesuai dengan sasaran YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

    Syarikat kami ada menyediakan bekalan anak pokok Stevia Rebaudiana vierity Reb A, menyediakan kursus penanaman dan usahawan juga produk-produk hiliran Stevia yang telah dihasilkan dari Ladang sendiri.

    Diharapkan pihak tuan dapat memberikan maklumat, agensi kerajaan yang manakah perlu kami rujuk.

    Terima kaseh.
    ( C.E.O )
    Agro Sweet PakLong Sdn. Bhd.
    Kajang, Selangor.
    PakLongStevia@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s