Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

PERTUBUHAN Peladang Kawasan PPK Kemaman akan mengusahakan penanaman dan pengeluaran cendawan susu harimau untuk tujuan perubatan tahun ini. Pengerusi Projek Cendawan PPK Syed Yasin Tuan Pandak berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI untuk merealisasikan projek berkenaan. Cendawan susu harimau ini di katakan boleh dijadikan ubat untuk penyakit barah katanya kepada BERNAMA.

Syed Yasin berkata pihaknya sudah menyediakan tapak dan jika semuanya berjalan lancar penanaman cendawan itu mungkin dilaksanakan akhir tahun ini. Beliau menegaskan PPK Kemaman adalah PPK pertama di Terengganu yang akan mengusahakan penanaman dan pengeluaran cendawan itu di negeri ini setakat ini. Katanya benih cendawan susu harimau itu akan diperoleh dari MARDI. Syed Yasin berkata cendawan susu harimau atau lebih dikenali kulat harimau lain daripada cendawan biasa kerana ia berisi seperti ubi dalam pelbagai bentuk. Cendawan ini sukar diperoleh kerana biasanya ia hanya tumbuh di kawasan hutan yang ada harimau katanya.
Beliau berkata cendawan itujuga amat unik kerana mengeluarkan cahaya seperti mata harimau apa bila terkena suluhan lampu pada waktu malam. Syed Yasin berkata harga cendawan itu dianggarkan mencecah RM50 sebiji dan buat masa ini ia boleh didapati dari Orang Asli di sekitar lebuh raya Jerangan Jabor. Beliau berkata pihaknya akan menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat untuk membeli cendawan itu nanti. Cendawan ini biasanya mengeluarkan hasil selepas tiga bulan di tanam katanya – BERNAMA

Comments on: "PPK Kemaman Tanam Cendawan Susu Harimau Rawat Barah" (2)

  1. alau nak ada murah je tapi dah proses jadi minuman ditambah dgn perasa kopi….ori lg ada kelulusan KKM n halal…. 1 pek ada 15 bungkus rm36 tapi kalu ambil 5 hanya rm150 je…. call/sms 0173150868-din…
    penghantaran percuma klang,s.alam, puchong,pertaling jaya, dalam selangor caj penghantaran lain2 tempat hanya rm10… luar kawasan boleh dibincangkan

  2. saya ada menjual cendawan susu harimau asli dgn harga murah,sila hubungi saya 0139423457 emiey,saya hanya ingin membantu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: