Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Secara purata, hasil padi hibrid adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding kepelbagaian varieti padi tradisional atau lebih dikenali sebagai padi inbrid. Bagaimanapun, kos biji benih hibrid F1 adalah amat mahal iaitu daripada RM10 hingga RM15 per kilogram. Lantaran itu, kadar syor baru untuk penyemaian padi hibrid ditetapkan pada 25 hingga 30 kilogram setiap hektar. Namun begitu, kuantiti tersebut amat rendah untuk disesuaikan dengan kaedah broadcast mahu pun transplanting seperti yang lazimnya dipraktikkan petani seluruh negara.

Menyedari permasalahan itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan inovasi dikenali Row Seeder, khusus untuk membantu petani melaksanakan kaedah penanaman terbaik bagi memaksimumkan penggunaan biji benih hibrid pada setiap hektar.

Pegawai Penyelidik Mekanisasi MARDI Seberang Prai, Abu Hassan Daud berkata, peralatan itu mampu membantu petani untuk menanam biji benih sebanyak 100 hingga 150 biji per meter, sekali gus menjadikan ia lebih menjimatkan dan sistematik.

Menurutnya, objektif penghasilan rekaan itu adalah untuk menyediakan reka bentuk alat penyemai benih ringkas mudah untuk dibina, kos bahan murah dan penyelenggaraan yang rendah dan murah, tetapi mampu memberi prestasi di peringkat tertinggi.

“Ia direka bagi memberi pelbagai kelebihan berbanding penyemai biji benih sedia ada di pasaran. Selain itu, peralatan ini diharapkan dapat memberi impak ekonomi kepada pesawah kerana tidak terlalu bergantung kepada tenaga buruh di
samping menjamin peningkatan hasil padi,” katanya pada InfoAgro baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas tentang Row Seeder, beliau berkata peralatan itu adalah satu objek yang akan dipasang pada mesin transplater sedia ada, untuk menanam biji benih. Ia terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu kerangka utama untuk dipasangkan pada mesin tranplater, unit seeder untuk membawa dan mengeluarkan biji benih di permukaan
sawah, dan roda pemacu.

“Unit Seeder adalah komponen paling utama di mana ia mengandungi satu peranti bermeter untuk menempatkan biji benih di kedua-dua belah, dan dilengkapi dengan pintu kawalan buka dan tutup, corong tuang untuk menstorkan biji benih, dan pembahagi aliran biji benih untuk membahagikan aliran semaian kepada kedua-dua peranti permeteran. Kesemua komponen ini dibina dengan menggunakan bahan PVC, kecuali bingkai utama dan roda pemacu,” katanya.

SASAR PASARAN KOMERSIAL
Abu Hassan berkata, peranti permeteran pula dibina daripada end cap PVC diameter 10 cm di mana orifis diwujudkan dengan menggerudi lubang 10 mm di tepi end cap. Di bahagian end cap, satu lubang per segi digerudi untuk memasukkan aci pemacu manakala pembahagi aliran benih pula dibina daripada kepingan aluminium dan dibentuk menjadi V
terbalik.

“Dua lubang digerudi di pusat pembahagi untuk memasukkan aci pacu dan pembahagi kemudian dipasang pada sendi T PVC,” katanya.

Apabila roda pemacu berputar, aci pacu akan memusingkan permeteran end cap dan membenarkan biji benih diturunkan ke permukaan sawah melalui graviti. Benih dari corong tuang akan mengalir turun ke peranti pemeteran
bergantung pada ruang yang ada di sebelah kiri melalui kejatuhan benih. Kadar benih bergantung kepada bilangan pembukaan orifis yang di kawal oleh pengawal dan kandungan kelembapan.

Abu Hassan berkata, Row Seeder mempunyai kelebihan tersendiri, iaitu ia mudah untuk digunakan menghasilkan tanaman berkualiti dan mengurangkan masa menanam.

“Peralatan ini amat fleksibel daripada aspek masa kerana ia mampu melaksanakan proses penanaman biji benih lebih pantas untuk sawah berkeluasan satu hektar, iaitu dua jam berbanding kaedah manual yang lazimnya memakan masa
selama tiga hari. Kami pernah menguji keberkesanan peralatan ini di Baling, Kedah dan ternyata, ia mampu memberikan hasil yang amat memuaskan kepada petani. Bagaimana pun, kami masih memerlukan maklum balas mereka untuk meningkatkan kualiti peralatan ini, sekali gus memastikan ia tidak ketinggalan berbanding teknologi seumpama itu,” katanya.

Abu Hassan berkata, ketika ini beliau hanya menghasilkan prototaip, dan peralatan inovasi ini masih dalam proses menambah baik sebelum berada di pasaran dalam masa terdekat.

“Row Seeder akan dipasarkan dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar biji benih, bagi memberi nilai tambah kepada petani yang akan menggunakannya kelak,” katanya.

Kos untuk menghasilkan Row Seeder adalah kurang daripada RM1500, namun mungkin ia akan meningkat bergantung kepada kos fabrikasi pengilangan pemasaran dan sebagainya. Ketika ditanya sasaran pengguna, beliau berkata peralatan itu direka khusus untuk petani kecil, terutama yang memiliki mesin tranplanter, kerana Row Seeder harus dipasang kepada mesin tersebut untuk menjalankan operasi penanaman. Selain itu, peralatan ini boleh juga digunakan oleh pengusaha padi berskala besar, kontraktor perkhidmatan dan pakar penyelenggara fabrikasi.

“Saya berharap alat ini mampu mengurangkan kos penanaman padi hibrid dan memberikan pilihan dalam meningkatkan pendapatan masing-masing,” katanya.

(Sumber dipetik dari Sinar Harian)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: