Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

HULU LANGAT, 8 Disember – Semua peladang, petani dan penternak disaran menggunakan produk GenKimo bagi menggantikan penggunaan antibiotik ke atas tanaman dan juga haiwan ternakan mereka.

Menteri Pertaman dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, produk keluaran Dazzling Destiny Sdn Bhd itu, berasaskan bahan organik dan ia bersifat mesra alam, selain mutunya dijamin lebih baik berbanding antibiotik.

Katanya, produk bebas bahan kimia sintetik itu bagus untuk meningkatkan kualiti rasa tanaman dan daging ternakan, kerana menggunakan kaedah teknologi hijau, sekali gus baik untuk mengurangkan toksin dalam badan manusia.

Malah, tambah beliau, penternak tidak perlu lagi risau mengenai bau busuk yang terhasil daripada najis haiwan ternakan, kerana produk GenKimo turut mampu mengatasi masalah tersebut.

“Lazimnya, usahawan ternakan mendirikan reban atau kandang jauh dari kawasan perumahan, memandangkan bau najis yang busuk serta masalah lalat.
Kini, kalau mereka mahu mendirikan reban atau kandang di sebelah rumah pun tiada masalah,” kata beliau, yang menaungi projek usahasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertaman Malaysia (MARDI) itu.

Beliau berkata demikian sejurus merasmikan produk berkenaan serta merasmikan pembukaan kilang syarikat tersebut di Semenyih dekat sini hari ini.
Tambah beliau, MARDI akan turun padang untuk satu perjumpaan bersama ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk mencadangkan penggunaan produk tersebut.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak melarang mereka untuk terus
menggunakan antibiotik,” ujarnya.

(Sumber dipetik dari Utusan Malaysia)

Comments on: "Petani disaran guna GenKimo ke atas tanaman, haiwan ternakan" (2)

  1. Mohd Faisal bin basri said:

    Bagaimana nak dapatkan genkimo ini?

    • Assalamualaikum
      Sila hubungi Dr. Ramli Noor di talian 03-8943 7350, email:ramono @ mardi.gov.my atau Pn. Siti Hajar atau Pn. Nasha di talian 03-8943 4529.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: