Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Kuala Lumpur, 21 November – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bersama BiotechCorp telah menjalin kerjasama membangunkan Center for Molecular Marker Discovery and Validation (CMDV). Makmal CMDV telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri sempena Majlis Perasmian BioMalaysia 2011 di KLCC hari ini.

Makmal tersebut telah dibangunkan bagi meningkatkan keupayaan program pembaikbakaan tanaman dan ternakan di Malaysia, Di Bawah NKEA, CMDV merupakan salah satu daripada 5 sub kluster EPP14 yang berperanan penting sebagai pemboleh (enabler) kepada pencapaian sasaran EPP14. Makmal ini akan menjadi pemangkin dalam program pembaikbakaan tanaman dan ternakan negara.

Selain dari penglibatan terus dalam program baikbaka, makmal ini juga disasarkan untuk menyediakan perkhidmatan lain termasuk pengenotipan dan cap jari DNA tanaman dan baka ternakan terpilih. Ianya dibangunkan bagi dimanfaatkan oleh agensi-agensi awam dan swasta yang terlibat dalam bidang berkaitan.

Baru sahaja ditubuhkan, Malaysian Palm Oil Board (MPOB), JEFI Aquatech Resources Sdn Bhd dan Green World Genetics Sdn Bhd. telah
memeterai Memorandum Persefahaman bersama MARDI dan BiotechCorp untuk menggunakan fasiliti CMDV untuk membangunkan teknologi pembaikbakaan untuk tanaman dan juga ternakan.

Senarai perkhidmatan yang ditawarkan oleh CMDV:

  • Pengekstrakan DNA berskala besar. CMDV berkemampuan melakukan ekstraksi DNA sehingga 1000 sampel DNA sehari
  • Pengenotipan bagi tujuan penyediaan Cap jari DNA sesuatu tanaman atau ternakan. Cap jari DNA adalah satu proses penyediaan identiti bagi sesuatu varieti tanaman atau klon haiwan. Cap jari ini penting bagi mengenal pasti identiti varieti tanaman supaya dapat memperoleh baka yang tulen. Selain itu dapat membantu dalam pendaftaran varieti tanaman baru di bawah Akta Perlindungan Varieti Baru.
  • Pengenalpastian dan validasi penanda molekul dengan menggunakan platform IMP, SSR atau SNP. CMDV berkemampuan menghasilkan 10,000 datapoint SNP sehari manakala platform SSR mampu menghasilkan 70,000 data sehari.
  • Khidmat nasihat penggunaan penanda molekul dalam program biakbaka pertanian dan pemuliharaan.
  • Penyediaan perkhidmatan pengenotipan titisan-titisan baikbaka program Marker Assisted Selection (MAS) dan Marker Assisted Breeding (MAB) yang dirancang.

Maklumat lanjut : Makmal CMDV yang berlokasi di Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Ibu Pejabat MARDI Serdang boleh dihubungi di talian 03-89437305 atau emel kepada cmdv@mardi.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: