Terbitan Baru MARDI: Penyakit Utama Sayur-sayuran di Malaysia

Pengarang : M.N. Mohamad Roff, Wu Boau Chyuan & S. Jamaludin
Harga : RM 39.90
Muka surat : 151

Kandungan

  • Pengenalan Kepada Penyakit Tanaman
  • Agen Penyakit Dan Penyebaran
  • Simptom Penyakit Pada Tumbuhan

Sinopsis
Buku ini memaparkan jenis-jenis simptom yang berlaku pada bahagian-bahagian tertentu tanaman. Selain itu, maklumat mengenai cara sebaran dan jangkitan juga dibentangkan. Kaedah pengawalan yang dibincangkan dalam buku ini difokuskan kepada dua kaedah sahaja iaitu pengawalan secara kimia dan kultur memandangkan kaedah ini adalah lebih praktikal. Secara umumnya buku ini dibahagikan kepada 8 bahagian iaitu pengenalan kepada penyakit tanaman, agen penyakit dan simptom pada tanaman, penyakit-penyakit utama sayur-sayuran, formulasi fungisid, jenis-jenis fungisid, pengiraan bancuhan fungisid, Amalan Pertanian Baik dan keselamatan pekerja dan petani.

Hubungi
Kedai Buku MARDI
Tel : 03-8943 7128
Faks : 03-8943 1654
Emel : booksale@mardi.gov.my

Tanaman Padi Maswangi diperluas

RANTAU PANJANG 11 Nov. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyasarkan kawasan seluas 10,000 hektar di seluruh negara bagi mengusahakan tanaman padi Maswangi (MRQ74) menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah MARDI (Pemindahan dan Pengkomersialan Teknologi), Datuk Dr. Masri Muhamad berkata, melalui projek tersebut negara dapat mengurangkan hampir separuh kos pengimportan beras jenis Basmathi dan Maswangi untuk kegunaan tempatan setiap tahun.

“Berdasarkan statistik, kita mengimport kira-kira 30,000 tan metrik setahun beras jenis Basmathi melibatkan nilai kira-kira AS$1,000 (RM3,200) satu tan. Manakala beras wangi pula hampir 100,000 tan metrik setahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Ladang Penuaian Padi Maswangi (MRQ 74) di bendang Guchil dekat sini, semalam.

Seramai lapan peserta terlibat dengan penanaman padi Maswangi di Bendang Guchil membabitkan kawasan seluas 34 hektar akan menikmati hasil yang diusahakan sejak Julai lalu.

Hadir sama, Pengarah MARDI negeri, Aminah Abdullah dan Pengarah Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Dr. Sariam Othman.

Masri berkata, MRQ 74 merupakan varieti Maswangi yang mempunyai kelebihan dengan kandungan gula di bawah 40 peratus berbanding varieti lain.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, di negeri Kelantan, MARDI menyasarkan kawasan seluas 800 hektar bagi melaksanakan projek tersebut menjelang 2020.

Katanya, dalam masa terdekat ini, MARDI telah menyasarkan kawasan seluas 200 hektar melibatkan tiga jajahan iaitu Jeli, Machang dan Tanah Merah untuk memulakan projek tersebut yang dijangka bermula akhir bulan ini.

Beliau berkata, MARDI mempunyai rangkaian agensi tertentu untuk menguruskan pemasaran pengeluaran padi dan beras tersebut.

“Malah petani atau pengusaha akan diberi tawaran istimewa dari segi harga nya berbanding harga beras-beras biasa,” katanya.

(Sumber dipetik dari Utusan Malaysia Online – Timur)

Terbitan Baru MARDI: Buletin Teknologi Ternakan Bil. 6 (2011)

ISSN 1823-2728
Harga: RM 12.00

Kandungan

  • Kaedah penilaian dan pemilihan lembu pejantan
  • Penggunaan herba dalam pengeluaran ternakan
  • Kambing Boer dan potensinya sebagai sumber daging di Malaysia
  • Pemprosesan baja kompos daripada hampas cendawan dan kumuhan haiwan
  • Pemanasan global dan industri ternakan
  • Potensi silaj pelepah sagu di Sarawak
  • Penggunaan teknologi microarray untuk memahami masalah kesuburan lembu pedaging selepas beranak
  • Analisis margin kasar: Penggunaan prinsip ekonomi dalam penilaian ladang ternakan

Kepada yang berminat, sila berhubung:

Kedai Buku MARDI
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang, Selangor

Tel: 03-8943 7128
Faks: 03-8943 1654
Emel: booksale@mardi.gov.my