Kursus & Latihan Teknikal MARDI Bulan November

Bil

Kursus

Tarikh

Tempat

Yuran (RM)

1

Pemprosesan Pelbagai Jenis Seri Kaya

14-17 Nov

Serdang

950

2

HACCP- Verification and Auditing

14-18 Nov

Serdang

1950

3

Jaminan Kualiti & Keselamatan Penyajian Makanan

22-24 Nov

Serdang

900

Sebarang pertanyaan lanjut mohon hubungi talian 03- 8943 7238/7221.

Aktiviti memasyarakatkan MARDI Cameron Highlands

Tarikh: 15-16 Oktober 2011
Aktiviti: Bengkel Laman Dapur
Anjuran: MARDI & Majalah AnjungSeri
Lokasi: MARDI Cameron Highlands (CH)
Nota: Bengkel kali ke-2. Peserta juga didedahkan aktiviti pemprosesan teh dari ‘withering’ hingga ke pembungkusan teh uncang, penanaman anggur, vermicompos.

Tarikh: 19 Oktober 2011
Aktiviti: Syarahan Agropelancongan
Anjuran: MARDI & UiTM Shah Alam
Lokasi: MARDI CH
Nota: Syarahan ke 4/2011. Oleh Prof Dato Che Musa dari UniKL. Agensi-agensi di CH dan luar CH dijemput.

Tarikh: 21-23 Oktober 2011
Aktiviti: Pameran Landskap Sayuran/Bungaan sempena Perasmian Taman Tasik Raub oleh YB Menteri Pelancongan di Raub.
Anjuran: Tourism Malaysia
Lokasi: Raub
Nota: Mempromosikan R&D-edibel garden/landskap/buku-buku MARDI.

TATML Catat Pertambahan 24.6% Pengunjung

Kunjungan pelawat ke Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi (TATML) bagi suku tahun ketiga (Julai – Sept) telah mencatat angka tertinggi baru sebanyak 20,646 berbanding  18,748 pada tempoh yang sama suku tahun ketiga 2010, yakni peningkatan 10%. Secara keseluruhannya pula, capaian sehingga September 2011 mencatat pertambahan  24.6% dengan kunjungan 43,658 pelancong berbanding 35,037 dalam tempuh masa yang sama tahun 2010 dimana Julai 2011 sahaja mencatat kehadiran 12,693 pelawat mengatasi Julai 2010 sebanyak 1,236 (peningkatan 10.79%).

Secara detailnya perbandingan kunjungan pelawat 2010/2011 mengikut kategori pelawat sehingga September 2011 adalah seperti berikut:

Tahun Domestik % Asing % Jumlah %
Sept 2010 4596 30441 35037
Sept 2011 6266 36% 37392 22.8% 43658 24.6%

Berdasarkan statistik ini, pengurusan TATML berkeyakinan sasaran atau KPI 60,000 pelawat yang dibuat pada awal tahun ini boleh dicapai menjelang Disember 2011. Lagipun angka ini tidak termasuk di kalangan pelawat yang berkunjung melalui package agro camp tour yang dikendalikan oleh syarikat Golden Eagle dan juga kunjungan dari kalangan wartawan, media masa dan agen-agen pelancongan luar negara yang sering melakukan promosi TATML dari semasa ke semasa.

Perancangan Pelancongan di Cameron Highlands

Siri syarahan (4/2011) diteruskan seperti butiran berikut:

Tajuk    : “Perancangan Pelancongan di Cameron Highlands
Tarikh   : 19 Oktober 2011 (Rabu)
Masa    :  9.30 pagi
Tempat : Dewan Syarahan MARDI Cameron Highlands

Syarahan oleh :
Prof. Dato’ Dr. Che Musa Che Omar
Dip.TP(UiTM),B.Sc.(Hons) in Housing, Building & Planning (USM),
M.Sc.(URP)(Strathclyde),Ph.D. Env.Planning(Manchester),
Cert. in Corporate Director (MIM),Cert. in Cultural Heritage (UNESCO)
Professor at University Kuala Lumpur Business School, University Kuala Lumpur, City Centre Campus.
Specialization: Housing, Urban Management, Environmental Planning

Syarahan dibuka untuk semua dan penyertaan adalah percuma.

Hari Ladang MARDI Negeri Terengganu

Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi  MARDI Negeri Terengganu dengan kerjasama Stesen MARDI Kuala Terengganu, Stesen MARDI Jerangau dan Stesen MARDI Kemaman, akan mengadakan satu program Hari Ladang MARDI Negeri Terengganu bertemakan “Memasyarakatkan Stesen MARDI“.

Program tersebut akan diadakan pada : –

Tarikh   : 9 Oktober 2011 (Ahad)
Masa    : 8.30 pagi – 5.00 petang

Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.B. Haji Mohd Nor b. Othman, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, manakala Majlis Perasmian Penutup oleh Y.B.Haji Matulidi b. Jusoh, Ahli Parlimen Dungun.

Antara acara yang akan di adakan ialah :-

  • Pameran teknologi penanaman salak dan jagung hibrimas
  • Lawatan ladang Jagung Hibrimas oleh Y.B. Haji Mohd Nor b. Othman, Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan pengunjung lain
  • Seminar penanaman salak dan jagung hibrimas.
  • Penyampaian benih salak klon MARDi kepada petani oleh Y.B. Haji Matulidi b. Jusoh, Ahli Parlimen Dungun

Adalah dijangka seramai 500 orang penduduk tempatan ,golongan sasar, pegawai dan staf serta akan hadir pada hari tersebut.

Y.Bhg. Datuk Ketua Pengarah dijangka akan turut serta turun padang pada hari itu bagi memeriahkan lagi Majlis hari Ladang MARDI Negeri Terengganu.

Mini Hari Keluarga Stesen MARDI Bukit Tangga

Stesen MARDI Bukit Tangga akan mengadakan MINI HARI KELUARGA pada : –

Tarikh   : 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa    : 8.30 pagi – 12.30 tengahari

Adalah dijangka seramai 350 orang pegawai dan staf serta keluarga MARDI Bukit Tangga akan hadir pada hari tersebut.

Antara acara yang akan diadakan ialah :-

  • Menangkap ikan – menggunakan kaedah jala, pukat, selam, tangan, pancing kecuali bom.
  • Tasik ‘Cruise’ meronda dalam kawasan tasik dengan boat
  • Berkayak – terbuka
  • Mewarna untuk kanak-kanak
  • Cabutan bertuah
  • Sukan untuk pegawai dan staf
  • Pertandingan memasak secara berkumpulan
  • Membakar ikan

Seminar Dwi Mingguan Bil 14/2011

Seminar Dwi Mingguan tahun 2011 siri keempatbelas akan diadakan pada 7 Oktober 2011 (8.30 pagi) bertempat di Bilik Taklimat Bangunan Direktorat Blok A, Ibu Pejabat MARDI Serdang.

Berikut adalah tajuk pembentangan dan nama pembentang:

Tajuk pembentangan 1 :
“BIOPESTICIDES: ISSUES, CHALLENGES AND THE WAY FORWARD”
Pembentang 1: Dr. Mohd Shukri MAt Ali (Pusat Penyelidikan Sumber Strategik)

Tajuk pembentangan 2:
RAMBUTAN PROCESSING INDUSTRY OVERVIEW AND THE NEEDS OF MECHANIZATION
Pembentang 2: En.Hasmin Hakim Hasbullah (Pusat Penyelidikan Mekanisasi & Automasi)

Semua di jemput hadir.

Ceramah Teknikal Manual Penanaman Perlis Sunshine

Pada 21 September 2011 (bersamaan 23 Syawal 1432) yang lalu, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi  MARDI Negeri Perlis telah mengadakan satu program ceramah teknikal bertajuk “ Manual Teknologi Penanaman Perlis Sunshine”. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Omran bin Hashim, saintis MARDI yang merupakan Pengarah MARDI Negeri Sembilan merangkap Pengurus Stesen MARDI Jelebu.

Program bermula dari pukul 10 pagi hingga 12.00 tengahari.  Program ini adalah atas permintaan pihak MOA Inc negeri Perlis terutamanya MADA Negeri Perlis.

Seramai 41 orang peserta telah hadir, yang terdiri daripada pegawai-pegawai MADA Negeri Perlis, Jabatan Pertanian Perlis, MARDI dan 16 orang petani. Ketua Jabatan yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Pengurus MADA Wilayah 1 dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Perlis.

Pihak MARDI Negeri Perlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya kepada penceramah budiman yang sudi meluangkan masa untuk menyampaikan ilmu Teknologi Penanaman Perlis Sunshine kepada warga Perlis.