Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Satu bengkel anjuran MARDI melalui Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi (PT) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, iaitu Bengkel Peluang Keusahawanan Dalam Bidang Pertanian dan Industri Asas Tani bagi Masyarakat Muadzam telah diadakan pada 20 Oktober di stesen MARDI Muadzam Shah.

Bengkel yang pada asalnya untuk anggaran 100 usahawan telah dihadiri oleh hampir 200 peserta, yang membuatkan dewan seminar sesak. Malah peserta dari sekitar bandar Rompin, Tun Razak, dan Pekan turut hadir.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Dato’ Maznah Bt Mazlan yang merasmikan bengkel, amat terharu dan memberi pujian yang tinggi terhadap MARDI, khasnya kepada Ketua Pengarah MARDI Y.Bhg. Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman kerana MARDI sentiasa prihatin terhadap warga Muadzam Shah. Beliau juga mahukan bengkel siri kedua dan lanjutan diadakan kelak.

Dari maklumbalas yang diterima, ternyata para peserta amat berpuashati dan banyak menerima ilmu dari syarahan yang diberi oleh MARDI dan pihak TEKUN.

Comments on: "Program MSM Bengkel Usahawan Muadzam Di Luar Dugaan" (2)

  1. hajah habsah said:

    SALAM,SAYA BERHARAP DAPAT KIRA NYA PIHAK MARDI ADAKAN BENGKEL SEBEGINI DIKAWASAN KUANTAN,DAPATLAH KIRANYA PENDUDUK DAERAH KUANTAN MENGIKUTI BENGKEL SEDEMIKIAN.

    • Untuk makluman Puan, Bengkel Peluang Keushawanan Dalam Bidang Industri Asas Tani dianjurkan secara bersama dengan Kementerian Sumber Manusia melalui Pejabat YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan juga ADUN Muadzam Shah, Pahang. Pejabat YB boleh dihubungi melalui Puan Samiah Asari (Pusat Kidmat Masyarakat Muadzam Shah) di talian 09-4253236 atau 013-933 5895.

      Untuk makluman Puan juga, dari segi kemudahan, stesen MARDI Muadzam ada kelengkapan bilik seminar dan jamuan disediakan. Tetapi jika dianjur di Kuantan, pihak kami tidak berkemampuan untuk menyewa hotel. Kemungkinan Bengkel ini akan diadakan lagi.. Pohon pihak Puan hubungi pejabat YB Dato’ Maznah. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: