Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Kunjungan pelawat ke Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi (TATML) bagi suku tahun ketiga (Julai – Sept) telah mencatat angka tertinggi baru sebanyak 20,646 berbanding  18,748 pada tempoh yang sama suku tahun ketiga 2010, yakni peningkatan 10%. Secara keseluruhannya pula, capaian sehingga September 2011 mencatat pertambahan  24.6% dengan kunjungan 43,658 pelancong berbanding 35,037 dalam tempuh masa yang sama tahun 2010 dimana Julai 2011 sahaja mencatat kehadiran 12,693 pelawat mengatasi Julai 2010 sebanyak 1,236 (peningkatan 10.79%).

Secara detailnya perbandingan kunjungan pelawat 2010/2011 mengikut kategori pelawat sehingga September 2011 adalah seperti berikut:

Tahun Domestik % Asing % Jumlah %
Sept 2010 4596 30441 35037
Sept 2011 6266 36% 37392 22.8% 43658 24.6%

Berdasarkan statistik ini, pengurusan TATML berkeyakinan sasaran atau KPI 60,000 pelawat yang dibuat pada awal tahun ini boleh dicapai menjelang Disember 2011. Lagipun angka ini tidak termasuk di kalangan pelawat yang berkunjung melalui package agro camp tour yang dikendalikan oleh syarikat Golden Eagle dan juga kunjungan dari kalangan wartawan, media masa dan agen-agen pelancongan luar negara yang sering melakukan promosi TATML dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: