Kursus & Latihan Teknikal MARDI Bulan November

Bil

Kursus

Tarikh

Tempat

Yuran (RM)

1

Pemprosesan Pelbagai Jenis Seri Kaya

14-17 Nov

Serdang

950

2

HACCP- Verification and Auditing

14-18 Nov

Serdang

1950

3

Jaminan Kualiti & Keselamatan Penyajian Makanan

22-24 Nov

Serdang

900

Sebarang pertanyaan lanjut mohon hubungi talian 03- 8943 7238/7221.

Aktiviti memasyarakatkan MARDI Cameron Highlands

Tarikh: 15-16 Oktober 2011
Aktiviti: Bengkel Laman Dapur
Anjuran: MARDI & Majalah AnjungSeri
Lokasi: MARDI Cameron Highlands (CH)
Nota: Bengkel kali ke-2. Peserta juga didedahkan aktiviti pemprosesan teh dari ‘withering’ hingga ke pembungkusan teh uncang, penanaman anggur, vermicompos.

Tarikh: 19 Oktober 2011
Aktiviti: Syarahan Agropelancongan
Anjuran: MARDI & UiTM Shah Alam
Lokasi: MARDI CH
Nota: Syarahan ke 4/2011. Oleh Prof Dato Che Musa dari UniKL. Agensi-agensi di CH dan luar CH dijemput.

Tarikh: 21-23 Oktober 2011
Aktiviti: Pameran Landskap Sayuran/Bungaan sempena Perasmian Taman Tasik Raub oleh YB Menteri Pelancongan di Raub.
Anjuran: Tourism Malaysia
Lokasi: Raub
Nota: Mempromosikan R&D-edibel garden/landskap/buku-buku MARDI.

TATML Catat Pertambahan 24.6% Pengunjung

Kunjungan pelawat ke Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi (TATML) bagi suku tahun ketiga (Julai – Sept) telah mencatat angka tertinggi baru sebanyak 20,646 berbanding  18,748 pada tempoh yang sama suku tahun ketiga 2010, yakni peningkatan 10%. Secara keseluruhannya pula, capaian sehingga September 2011 mencatat pertambahan  24.6% dengan kunjungan 43,658 pelancong berbanding 35,037 dalam tempuh masa yang sama tahun 2010 dimana Julai 2011 sahaja mencatat kehadiran 12,693 pelawat mengatasi Julai 2010 sebanyak 1,236 (peningkatan 10.79%).

Secara detailnya perbandingan kunjungan pelawat 2010/2011 mengikut kategori pelawat sehingga September 2011 adalah seperti berikut:

Tahun Domestik % Asing % Jumlah %
Sept 2010 4596 30441 35037
Sept 2011 6266 36% 37392 22.8% 43658 24.6%

Berdasarkan statistik ini, pengurusan TATML berkeyakinan sasaran atau KPI 60,000 pelawat yang dibuat pada awal tahun ini boleh dicapai menjelang Disember 2011. Lagipun angka ini tidak termasuk di kalangan pelawat yang berkunjung melalui package agro camp tour yang dikendalikan oleh syarikat Golden Eagle dan juga kunjungan dari kalangan wartawan, media masa dan agen-agen pelancongan luar negara yang sering melakukan promosi TATML dari semasa ke semasa.