Seminar Dwi Mingguan Bil 14/2011

Seminar Dwi Mingguan tahun 2011 siri keempatbelas akan diadakan pada 7 Oktober 2011 (8.30 pagi) bertempat di Bilik Taklimat Bangunan Direktorat Blok A, Ibu Pejabat MARDI Serdang.

Berikut adalah tajuk pembentangan dan nama pembentang:

Tajuk pembentangan 1 :
“BIOPESTICIDES: ISSUES, CHALLENGES AND THE WAY FORWARD”
Pembentang 1: Dr. Mohd Shukri MAt Ali (Pusat Penyelidikan Sumber Strategik)

Tajuk pembentangan 2:
RAMBUTAN PROCESSING INDUSTRY OVERVIEW AND THE NEEDS OF MECHANIZATION
Pembentang 2: En.Hasmin Hakim Hasbullah (Pusat Penyelidikan Mekanisasi & Automasi)

Semua di jemput hadir.

Ceramah Teknikal Manual Penanaman Perlis Sunshine

Pada 21 September 2011 (bersamaan 23 Syawal 1432) yang lalu, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi  MARDI Negeri Perlis telah mengadakan satu program ceramah teknikal bertajuk “ Manual Teknologi Penanaman Perlis Sunshine”. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Omran bin Hashim, saintis MARDI yang merupakan Pengarah MARDI Negeri Sembilan merangkap Pengurus Stesen MARDI Jelebu.

Program bermula dari pukul 10 pagi hingga 12.00 tengahari.  Program ini adalah atas permintaan pihak MOA Inc negeri Perlis terutamanya MADA Negeri Perlis.

Seramai 41 orang peserta telah hadir, yang terdiri daripada pegawai-pegawai MADA Negeri Perlis, Jabatan Pertanian Perlis, MARDI dan 16 orang petani. Ketua Jabatan yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Pengurus MADA Wilayah 1 dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Perlis.

Pihak MARDI Negeri Perlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya kepada penceramah budiman yang sudi meluangkan masa untuk menyampaikan ilmu Teknologi Penanaman Perlis Sunshine kepada warga Perlis.