Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Hoya adaiah tumbuhan tropika malar hijau daripada famili Apocynaceae (nama lain Asclepiadaceae) yang sebilangan besar ahlinya tumbuh secara menjalar. la menumpang di pohon besar di dalam hutan dengan memanjat melilit atau berpaut menggunakan akar yang tumbuh pada setiap ruas di sepanjang batang. Hoya adalah antara tanaman tropika eksotik popular di Eropah seawal tahun 1800-an lagi. Hoya Carnosa dipercayai antara spesies paling awal ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Tumbuhan hoya berpotensi untuk dikembangkan sebagai tanaman hiasan bernilai tinggi kerana bunga dan rupa bentuk keseluruhan yang unik dan menarik. Kepelbagaian rupa bentuk hoya semakin bertambah dengan wujudnya banyak hibrid dan kacukan buatan komersial bagi memenuhi permintaan peminat tanaman yang kian meningkat.

Habitat semula jadi hoya ialah di Asia Tenggara, selatan China dan utara Australia. Setakat ini, 200 spesies Hoya telah dikenal pasti di seluruh dunia. Bagaimanapun, bilangan yang sebenar dipercayai jauh lebih daripada angka ini memandangkan banyak lagi spesies hoya yang belum dijumpai khususnya di hutan Indonesia dan Malaysia.

Hoya sangat mudah dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang berbanding dengan semaian biji benih. Keratan batang yang mengandungi sehelai daun boleh ditanam di dalam medium gambut yang lembap pada suhu 45 darjah Celsius bagi memudahkan percambahan tunas. Bagi mempercepat pertumbuhan akar, hujung keratan boleh ditaburkan serbuk perangsang akar sebelum ditanam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: