Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Sistem Test Bed Teknologi MARDI merupakan salah satu daripada beberapa bentuk khidmat sokongan yang dianjurkan di bawah Program Pembangunan Usahawan MARDI. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan kejayaan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam pengeluaran produk makanan melalui penggunaan teknologi terkini.

Test Bed ialah makmal teknologi pemprosesan makanan yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan moden untuk kemudahan pengeluaran berskala kecil bagi jenis produk makanan terpilih. Usahawan akan mendapat khidmat bimbingan teknikal dan latihan hands-on dalam pengeluaran produk makanan menggunakan teknologi terkini MARDI. Kini MARDI mempunyai 9 buah Test Bed Teknologi yang dibangunkan di beberapa stesen penyelidikan dan pembangunan MARDI di seluruh negara.

Konsep
Usahawan IKS yang mengeluarkan produk makanan perlu berupaya menguasai
penggunaan teknologi terkni untuk berkembang dan berdaya saing. Usahawan perlu diberi peluang untuk mempelajari dan mencuba, serta menyakinkan diri sebelum membuat keputusan kerana pelaburan terhadap penggunaan teknologi baru adalah tinggi. Sistem Test Bed Teknologi MARDI menawarkan kemudahan pemprosesan serta khidmat kepakaran dan analisis kualiti yang diperlukan untuk memulakan dan menguruskan proses inovasi teknologi dan perniagaan.

Tujuan

  • Membantu usahawan bimbingan MARDI dan bakal usahawan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan sistem dan teknologi terkini untuk pengeluaran produk sedia ada dan produk baru untuk ujian pasaran.
  • Merangsang proses inovasi teknologi di kalangan usahawan IKS yang ingin berkembang dan berdaya saing di pasaran.
  • Menggalakkan penglibatan usahawan IKS dalam pengeluaran produk yang diberi keutamaan di bawah 13 kumpulan produk makanan bagi mennigkatkan nilai tambah hasil pertanian negara.
  • Sebagai kemudahan asas menyokong program latihan MARDI dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan / NATC)
  • Menyediakan kemudahan untuk Pegawai Penyelidik MARDI menguji teknologi baru yang dibangunkan untuk tujuan peningkatan skala.
  • Sebagai show-case mempromosikan sistem pengeluaran produk terkini MARDI kepada pelawat test bed MARDI di seluruh negara.

Modus Operandi

  • Pemilihan usahawan IKS bagi menggunakan khidmat Sistem Test Bed Teknologi MARDI ditentukan melalui sesi ‘runding cara’ bersama Program Pembangunan Usahawan MARDI bagi menentukan tujuan dan keperluan.
  • Tempoh penempatan uasahawan terpilih di Sistem Test Bed Teknologi MARDI adalah secara jangka pendek mengikut tujuan dan keperluan yang ditentukan. Sebagai contoh, penempatan usahawan untuk membangunkan produk baru sos buah-buahan dan ujian penerimaan pasaran terhadapnya akan mengambil masa lebih kurang satu bulan.
  • Usahawan terpilih akan dikenakan bayaran yuran bagi menampung kos operasi penggunaan perkhidmatan ini.
  • Pelaksanaan Sistem Test Bed Teknologi MARDI adalah berpandukan Manual Prosedur Operasi Standard Prosedur Umum dan manual yang dibangunkan secasra khusus untuk setiap test bed.

Syarat Permohonan

  • usahawan di bawah kategori IKS berdaftar
  • usahawan bimbingan dan anak angkat MARDI/usahawan/bakal usahawan yang berpotensi
  • usahawan dari program kerjasama MARDI dengan agensi kerajaan lain
  • tempoh penempatan usahawan tidak melebihi 30 hari bekerja
  • peserta sanggup membayar kos utiliti yang digunakan mengikut tempoh yang ditetapkan
  • peserta terpilih perlu menandatangani dokumen perjanjian penggunaan test bed

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pengarah
Pusat Promosi & Perbangunan Teknologi
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
Tel: 03 8943 7255
Faks: 03 8943 3853

Timbalan Pengarah
Program Pembangunan Usahawan
Pusat Promosi & Perbangunan Teknologi
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
Tel: 03 8943 7715
Faks: 03 8943 7137

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: