MARDI dianugerahkan ‘Prize For Science and Technology’

MARDI telah dianugerahkan ‘Prize For Science and Technology’ Edisi Ke-9 oleh Islamic Development Bank (IDB).  MARDI telah memenangi kategori ‘Outstanding Scientific or Technological Contribution to the Development of a Member Country’.  Bagi kategori ini MARDI telah memberi fokus terhadap bidang padi, teknologi makanan, mekanisasi dan automasi, pemindahan teknologi, komersialisasi serta konsultansi (Marditech Corporation Sdn. Bhd.).

Hadiah yang dimenangi adalah merupakan wang tunai US$100,000, piala dan sijil.  Ini akan disampaikan di dalam satu upacara khas yang akan berlangsung di 36th IDB Board of Governors Meeting di Jeddah, Kingdom of Saudi Arabia.  Ketua Pengarah MARDI telah diundang ke Jeddah untuk menerima hadiah ini pada 29-30 Jun 2011.

Persidangan Hortikultur Kebangsaan 2011 (NHC)

nhc2011MARDI dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), International Tropical Fruits Network (TFNet) dan Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan (FELDA) akan mengadakan persidangan NATIONAL HORTICULTURE CONFERENCE 2011 (NHC) bertemakan Malaysian Horticulture : Enhancing Production, Expanding Market pada 18 -20 Oktober 2011 bertempat di Hotel Renaissance, Melaka.

MARDI Mencipta Sejarah Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa, MARDI telah mencipta sejarah baru kerana berjaya memenangi Anugerah Sains & Teknologi Edisi ke-9 anjuran Islamic Development Bank (IDB) buat pertama kalinya. Keputusan muktamad diperoleh pada tanggal 10 Mei 2011. Anugerah berprestij ini terbuka kepada semua Universiti, Institut Penyelidikan, Pihak Industri, Agensi Awam dan juga Swasta di kalangan Negara-Negara Islam di Dunia.
Tahniah & Syabas diucapkan kepada Pihak Pengurusan Atasan MARDI, Urusetia UK5, PTj serta MardiTech Corporation yang terlibat secara langsung dalam memberikan input terbaik kepada kemenangan ini.

Pelancaran Teknologi Formulasi NPV Sebagai Biopestisid

Pada 29 April 2011 (Jumaat) yang lalu, sebuah majlis pelancaran teknologi MARDI telah diadakan di Ibu Pejabat MARDI Serdang, di mana Formulasi NPV sebagai Biopestisid telah diperkenalkan. Di samping itu, sebuah Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara MARDI – All Cosmos Industries Sdn. Bhd. juga dilangsungkan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Wira Mohd Johari b Baharum selaku Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.