MARDI dianugerahkan ‘Prize For Science and Technology’

MARDI telah dianugerahkan ‘Prize For Science and Technology’ Edisi Ke-9 oleh Islamic Development Bank (IDB).  MARDI telah memenangi kategori ‘Outstanding Scientific or Technological Contribution to the Development of a Member Country’.  Bagi kategori ini MARDI telah memberi fokus terhadap bidang padi, teknologi makanan, mekanisasi dan automasi, pemindahan teknologi, komersialisasi serta konsultansi (Marditech Corporation Sdn. Bhd.).

Hadiah yang dimenangi adalah merupakan wang tunai US$100,000, piala dan sijil.  Ini akan disampaikan di dalam satu upacara khas yang akan berlangsung di 36th IDB Board of Governors Meeting di Jeddah, Kingdom of Saudi Arabia.  Ketua Pengarah MARDI telah diundang ke Jeddah untuk menerima hadiah ini pada 29-30 Jun 2011.