Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Latar Belakang

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:

  • Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
  • Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan
  • Perladangan campuran
  • Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar
  • Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak
  • Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
  • Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian
  • Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
  • Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil
  • Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan
  • Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

Comments on: "Latar Belakang" (14)

  1. saya ingin tahu bagaimana cara hendak menghadiri khursus dan latihan yang mardi sediakan,, saye berminat dlam bidang penbuatan makanan.. seperti. sos pencicah,,

  2. aliyas ibrahim said:

    Saya amat berminat dgn penternakan ayam kampung..bagaimana cara memulakan dengan modal kecil dan pihak mardi boleh membantu saya dari segi kursus penternakan dan pemasaran

  3. asalamualaikum….saya radhi dari negeri sembilan soalan saya manakah untuk dapat baka ayam ini?

    • mencari bake anak ayam kampung….saya dari negeri sembilan…

      • Untuk makluman berkenaan dengan stok ayam kampong/benih ayam kampung ,mohon Tuan/puan hubungi;
        Pegawai: Azlina Azma Binti Ismail Affendee
        Email: einazma@mardi.gov.my
        No tel: 09 455 2220
        Walaubagaimanapun, anda perlu menunngu giliran kerana masih ramai pelanggan yang telah menempah benih ayam ini.

    • - Untuk makluman berkenaan dengan stok ayam kampong/benih ayam kampung ,mohon Tuan/puan hubungi;
      Pegawai: Azlina Azma Binti Ismail Affendee
      Email: einazma@mardi.gov.my
      No tel: 09 455 2220
      Walaubagaimanapun, anda perlu menunngu giliran kerana masih ramai pelanggan yang telah menempah benih ayam ini.

  4. Salam, berapakah harga semasa sekilo ayam kampung?Bagaimana kita nak kenalpasti ayam kampung itu original sama ada di peringkat anak ayam atau ayam dewasa?

    • Wsalam. MARDI tidak menjual ayam kampung dengan kilo. MARDI hanya menjual anak ayam kampung, per ekor. Harga untuk seekor, RM1.80. Untuk maklumat pengenalpastian, mohon hubungi Pegawai Penyelidik berkenaan dengan ini di MARDI Muadzam untuk keterangan lanjut : Pn. Azlina Azma Binti Ismail Affendee Tel: 09-452 2220

  5. Nur Iris Hanain said:

    boleh x bgi cnth bunga kacukan yg terbaru MARDI?

    • Pelbagai kacukan telah dihasilkan di MARDI. Yang paling popular adalah keluarga orkid. Antaranya kacukan tersebut telah diberi nama. Ia termasuk :

      Dendrobium Tuanku Najihah, (August 1996)
      Dendrobium Doctor Sharif, (January 2000)
      Dendrobium Tuanku Fauziah, (September 2002)
      Dendrobium Datin Zakiyah, (September 2003)
      Mokara Datin Seri Endon (April 2005)
      Mokara Puan Seri Norainee (July 2005)
      Dendrobium Abdullah Badawi (November 2006)
      Kagawara Tuanku Syed Sirajuddin (November 2006)

  6. Assalamu’alaikum w.b.t.
    Saya merupakan pengusaha murtabak mini ingin tahu bagaimana nak dapatkan mesin pemprosesan murtabak mini dan berapakah harganya. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 190 other followers

%d bloggers like this: