Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Archive for February, 2012

Gallery

MARDI Terajui Penanaman Sayuran Lestari

CUBA bayangkan anda memetik sendiri sayur yang ditanam di sekeliling rumah. Untuk mencari pendapatan lebih, sayur itu dijual kepada jiran di kawasan anda dan mereka juga boleh memetiknya sendiri. Senario sedemikian biasa berlaku di kampung-kampung. Tetapi ia biasanya diberikan percuma kerana menjadi adat resam, memberi sesuatu kepada tetangga merupakan satu terjemahan berbudi bahasa.

Orang akan bertanya, bagaimanakah senario tersebut boleh berlaku di kawasan perumahan bandar? Tidak mungkin terdapat kawasan perumahan yang menanam sayur-sayuran kerana kawasan yang begitu terhad. Namun bagi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), teknologi boleh memberi jawapan bagaimana untuk merealisasikan impian tersebut. Hanya yang penting dan menjadi persoalan ialah sejauh mana teknologi tersebut mampu dikuasai oleh mereka di kawasan bandar yang berhasrat mahu menanam sayuran di kawasan rumah. MARDI berpegang kepada kata kunci Pemimpin Agroteknologi dan Bridging knowledge and communities dan inilah yang menggerakkan inisiatif agensi tersebut untuk membawa teknologi pertanian kepada masyarakat. Agensi tersebut memiliki ratusan teknologi mencakupi pelbagai bidang pertanian dan ia sewajarnya dinikmati oleh masyarakat.

Sebagai contoh mudah, Stesen Penyelidikan MARDI di Cameron Highlands mewujudkan satu Taman Agroteknologi yang menghimpunkan pelbagai teknologi penanaman sayur tanpa tanah yang realistik dan mudah dilaksanakan. Penggunaan teknologi tersebut mungkin menimbulkan persepsi bahawa ia memerlukan kos tinggi, renyah dan perlu mempelajari kemahiran teknikal yang sukar. Bagi Pegawai Penyelidik Agronomi MARDI Cameron Highlands, Mohammad Abid Ahmad, ramai yang mungkin memandang sinis teknologi tersebut apath lagi ia telah diperkenalkan di negara ini beberapa dekad yang lepas.

”Ada yang mungkin berkata, sistem tersebut sudah lama ,tak perlulah kita sebutkan lagi dan sudah mencubanya tetapi susah (untuk dilaksanakan),” ujarnya. Mohammad Abid berkata, segelintir mereka yang beranggapan demikian mungkin menyalahkan teknologi tersebut kerana gagal memanfaatkannya sedangkan mereka sewajarnya menguasainya terlebih dahulu. Sebab itu kata beliau, MARDI berusaha untuk mengadaptasi teknologi sedia ada supaya mudah difahami dan dikuasai. Pada masa yang sama, pihaknya juga cuba mengubahsuai daripada segi penggunaan dan bahan yang digunakan supaya murah dan mudah diperoleh. Beliau memberi contoh , antara cara mudah dalam teknologi hidroponik yang menggunakan platform high impact polikarcarbonate pada harga RM160 satu meter persegi sedangkan ia boleh digantikan dengan papan lapis. Penggunaan papan lapis sebagai contoh untuk tiangnya boleh digunakan dengan kayu berbanding penggunaan besi pada masa ini akan dapat menjimatkan kos serta tidak menjejaskan fungsi dan seterusnya pengeluaran hasil.

Sebenarnya kata Mohammad Abid, pendekatan MARDI bagi menjadikan teknologi tanaman sayur tanpa tanah lebih mesra pengguna menjadi satu amalan yang diperkenalkan selama ini. Ia sejajar dengan tag line MARDI Cameron Higlands sebagai Pusat pertanian lestari tanah tinggi. ”Pertamanya, kami memperkenalkan teknologi yang ada kepada masyarakat dan golongan sasar dan kedua, mencetuskan idea untuk berinovasi dengan teknologi tersebut iaitu mengubahsuainya mengikut kemampuan. ”Ketiga, kami menganjurkan latihan dan kursus kepada mereka yang berminat untuk mempelajari teknologi berkenaan,” ujar beliau.

Beliau memberitahu, terdapat lebih dari sepuluh jenis teknologi penanaman sayuran tanpa tanah yang ada dan sebahagiannya diperkenalkan di taman tersebut. Antara teknologi tersebut ialah sistem hidroponik teknik banjir, surut dan alir, teknik aliran nipis (NFT), sistem hidroponik teknik pengairan titis bertingkat, dan teknik aliran dalam (DFT).  Pelbagai lagi sistem dan teknik sedang dan dalam perancangan untuk dibangunkan bagi menambahkan variasi dalam teknik hidroponik

Pihaknya sebelum ini telah dua kali mengadakan kursus kepada penggemar perkebunan di rumah (home gardener) atau mereka yang berminat untuk menanam sayur di kawasan rumah. Teknologi tersebut katanya tidaklah rumit seperti yang digembar-gemburkan, dengan syarat mereka mempunyai minat dan menguasai ilmu teknologi berkenaan. ”Teknologi tersebut boleh digunakan di belakang dapur dengan skala kecil untuk kegunaan sendiri. ”Setakat 20 puluh atau 30 pokok, mereka tidak perlu risau sebab baja dan air disalurkan ke tanaman secara automatik,” ujarnya. Teknologi berkenaan mengamalkan pengurusan mudah sebab penggunaan sistem automatik tanpa penggunaan racun dan amalan agronomi yang baik dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang minimum. Penanam juga boleh bekerja dalam keadaan bersih dan paling penting, sistem tersebut dapat mengelakkan penyakit bawaan tanah. Hasil pengeluaran pula lebih tinggi sehingga tiga kali ganda dan kos infrastruktur yang murah dan efektif hanya untuk sekali sahaja.

Setakat ini katanya, teknologi tersebut boleh diguna pakai untuk sayuran jenis daun seperti sawi, kubis, kangkung, salad, kailan manakala jenis berbuah seperti tomato dan timun memerlukan sokongan lain yang memungkinkan kos tambahan. ”Satu lagi, teknologi ini sesuai untuk tanaman jangka pendek dan intensif dengan hasil tuaian yang cepat antara sebulan hingaa dua bulan,” katanya.

Pada masa sama, meskipun penggunaan struktur pelindung hujan tidak menjadi syarat, ia lebih baik untuk mengelakkan ancaman penyakit dan air berlebihan dan hasil mungkin lebih rendah.

Gallery

MARDI Hasrat Lahir 800 Petani

PASIR PUTEH 24 Feb. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berhasrat melahirkan 800 petani moden dalam usaha mengurangkan import daging kambing dan biri-biri dianggarkan berjumlah RM180 juta setahun.

Timbalan Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Dr. Mohmad Mustafa berkata, ketika ini permintaan daging kambing dalam negara sekitar 250,000 tan metrik setahun dan ia masih belum mampu dipenuhi oleh penternak tempatan.

“Industri ternakan kambing di jangka berkembang pesat di negara ini dengan pertumbuhan kira-kira 6 peratus setahun sehingga 2010. Minat pengusaha tempatan menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan menggalakkan ternakan kambing menerusi bantuan pendidikan, seminar, kursus dan baka berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan penternakan kambing beor modul kedua melibatkan 40 penternak di Stesen MARDI Jeram Pasu, di sini semalam. Hadir sama, Pengarah MARDI negeri, Aminah Abdullah.Program sehari itu melibatkan pendidikan mengenai kawalan penyakit, pemilihan baka berkualiti, proses pembiakan baka dan latihan amali penggunaan pengimbas ultra bunyi bagi mengesan kambing bunting, kekerapan kambing mengawan dan banyak lagi.

Mohmad berkata, polisi pengeluaran kambing kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta penternak menjelang 2015.Sasaran itu katanya, boleh dicapai menerusi promosi, pendidikan, latihan serta mengubah cara penternakan dari konsep sara diri kepada projek ternakan komersial.

Menurutnya, tiga jenis kambing yang dikenal pasti berpotensi diternak di negara ini ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu.”Kambing boer semakin menjadi pilihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah diternak,” katanya.  Beliau berkata, ciri-ciri kambing beor ialah mudah membiak sepanjang tahun, mempunyai lebih banyak daging, daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori dan kolesterol serta kaya protein.

Sumber : Utusan Online

Gallery

PPK Kemaman Tanam Cendawan Susu Harimau Rawat Barah

PERTUBUHAN Peladang Kawasan PPK Kemaman akan mengusahakan penanaman dan pengeluaran cendawan susu harimau untuk tujuan perubatan tahun ini. Pengerusi Projek Cendawan PPK Syed Yasin Tuan Pandak berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI untuk merealisasikan projek berkenaan. Cendawan susu harimau ini di katakan boleh dijadikan ubat untuk penyakit barah katanya kepada BERNAMA.

Syed Yasin berkata pihaknya sudah menyediakan tapak dan jika semuanya berjalan lancar penanaman cendawan itu mungkin dilaksanakan akhir tahun ini. Beliau menegaskan PPK Kemaman adalah PPK pertama di Terengganu yang akan mengusahakan penanaman dan pengeluaran cendawan itu di negeri ini setakat ini. Katanya benih cendawan susu harimau itu akan diperoleh dari MARDI. Syed Yasin berkata cendawan susu harimau atau lebih dikenali kulat harimau lain daripada cendawan biasa kerana ia berisi seperti ubi dalam pelbagai bentuk. Cendawan ini sukar diperoleh kerana biasanya ia hanya tumbuh di kawasan hutan yang ada harimau katanya.
Beliau berkata cendawan itujuga amat unik kerana mengeluarkan cahaya seperti mata harimau apa bila terkena suluhan lampu pada waktu malam. Syed Yasin berkata harga cendawan itu dianggarkan mencecah RM50 sebiji dan buat masa ini ia boleh didapati dari Orang Asli di sekitar lebuh raya Jerangan Jabor. Beliau berkata pihaknya akan menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat untuk membeli cendawan itu nanti. Cendawan ini biasanya mengeluarkan hasil selepas tiga bulan di tanam katanya – BERNAMA

Gallery

Lawatan Turun Padang Datuk KP, ke Stesen MARDI Bukit Tangga

Y. Bhg. Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman, Ketua Pengarah MARDI, telah mengadakan lawatan turun padang ke Stesen MARDI Bukit Tangga pada 3 Februari 2012 (Jumaat) yang lepas. En. Khadzir Darus, Pengurus Stesen MARDI Bukit Tangga dan sembilan orang Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Hortikultur (HR) serta staf-staf Pengurusan Stesen amat berbesar hati menyambut ketibaan Y. Bhg. Datuk KP ke Stesen MARDI Bukit Tangga walaupun hari Jumaat merupakan hari cuti rehat bagi negeri Kedah. Lawatan turun padang Y. Bhg. Datuk KP dimulakan dengan aktiviti lawatan ke Inkubator untuk bertemu dengan empat orang usahawan yang mana salah satu daripada mereka juga merupakan pra-inkubati MARDI. Mereka adalah En. Che Arshad Che Ibrahim dari syarikat Agro Edar Enterprise (pra-inkubati), En. Suhaimi Ahmad dan En. Azhar Ahmad dari syarikat Qurba Manufacturing Sdn. Bhd. serta En. Ismanizan Ismail dari syarikat Zuza Food Manufacturing Sdn. Bhd. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mustaffer Abdullah mewakili Ketua Unit Pembangunan Perniagaan.

Lawatan Y. Bhg. Datuk KP diteruskan dengan aktiviti lawatan ke plot-plot penyelidikan di Stesen MARDI Bukit Tangga. Pegawai Penyelidik Kanan Pusat HR, Cik Hartinee Abbas telah memberi taklimat ringkas berkenaan penyelidikan formulasi baja nenas, GROWPINE, semasa Y. Bhg. Datuk KP singgah untuk meninjau plot penyelidikan nenas. Para pegawai penyelidik Pusat HR merasa bertuah kerana Y. Bhg. Datuk KP sudi meluangkan masa untuk mengadakan sesi perbincangan sejurus selepas aktiviti lawatan ladang. Sebelum sesi perbicangan dimulakan, pihak Pengurusan Stesen MARDI Bukit Tangga telah menyediakan hidangan buah-buahan segar (cempedak, belimbing dan rambutan) sebagai kudapan untuk Y. Bhg. Datuk KP. Sesi perbincangan bersama Y. Bhg. Datuk KP berjalan dengan lancar. Pelbagai isu dan permasalahan telah diutarakan kepada Y. Bhg. Datuk KP dan beliau telah memberi respon yang amat memberangsangkan dan membina. Pelbagai cadangan dan pandangan yang telah diberikan oleh Y. Bhg. Datuk KP diumpamakan sebagai kata-kata semangat kepada kami untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan berdaya maju.

Gallery

Revolusi Padi Hibrid

PERTAMBAHAN penduduk dunia menjangkau tujuh bilion memerlukan tambahan bekalan makanan berkali ganda.

Kajian demi kajian dijalankan terutama oleh para saintis terkenal China – negara yang mempunyai rakyat paling ramai di dunia – bagi meningkatkan pengeluaran makanan terutama yang membabitkan padi hibrid sejak 1960-an.

Hibrid bermaksud benih padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti.

Secara teknikal, ia membabitkan pemindahan debunga daripada satu induk pokok padi kepada satu lagi induk yang dimandulkan bagi menghasilkan jenis padi baru. Melalui kaedah hibrid, penghasilan padi dapat ditingkatkan sehingga 30 peratus berbanding padi biasa atau dikenali dengan istilah inbred. Dari segi benih, kaedah biasa tabur terus menggunakan 80 hingga 200 kilogram biji benih sehektar. Manakala padi hibrid hanya memerlukan 20 hingga 25 kilogram biji benih untuk keluasan yang sama.

Melihat kepada faktor produktiviti, padi hibrid mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi melebihi 200 biji. Berbanding padi biasa bagi satu perdu hanya mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji. Hasil padi hibrid juga tinggi iaitu bagi sehektar ia mampu mengeluarkan sehingga tujuh tan berbanding antara empat dan lima tan bagi padi biasa. Di negara ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) turut menjalankan kajian berterusan bagi menghasilkan benih padi yang bermutu.

Pegawai Prinsipal, Pusat Penyelidikan dan Tanaman Industri MARDI, Datuk Dr. Osman Omar merupakan antara penyelidik yang menjalankan kajian mengenai padi hibrid. Katanya, keperluan untuk mewujudkan ladang benih padi hibrid adalah bagi memenuhi bekalan padi hibrid yang bakal digunakan oleh para petani di masa akan datang. “Usaha mewujudkan ladang benih padi hibrid berskala besar merupakan langkah awal untuk pemindahan teknologi penghasilan benih padi hibrid kepada kakitangan pengurusan ladang benih padi ini yang bakal terlibat.

“Peranan dan penglibatan daripada agensi lain juga amat penting sebagai pengedar-pengedar sah yang telah diberi peranan oleh pihak kerajaan sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Serdang, Selangor, baru-baru ini. Bagaimanapun menurut Dr. Osman, walaupun padi hibrid mempunyai banyak kelebihan, tetapi penghasilannya amat rumit. “Ia memerlukan banyak tenaga manual, kualiti mungkin terjejas, industri benih tidak cekap dan kurang berkualiti, kos benih yang tinggi sehingga lapan hingga 10 kali ganda berbanding inbred. “Tambahan pula petani di sini menggunakan kaedah tabur terus dengan kadar biji benih yang tinggi,” katanya.

Namun, kajian tetap dijalankan bagi membantu sasaran sara diri padi ke arah menyediakan bekalan makanan yang mencukupi bagi negara. Ia juga kata Dr. Osman merupakan program integrasi pertanian bagi meningkatkan produktiviti padi melalui varieti padi hibrid. Selain itu ia juga bagi meningkatkan pendapatan petani dengan pertambahan produktiviti yang secara langsung menggalakkan penanaman padi. Ini akan menyeimbangkan perdagangan dan meningkatkan pertukaran wang asing dalam pengimportan beras. “Di China kejayaan padi hibrid ditanam banyak dikaitkan dengan sokongan kerajaan selain kumpulan penyelidikan kukuh, sistem pengeluaran biji benih serta sistem penyampaian yang canggih,” katanya.

Keperluan mengamalkan teknologi padi hibrid kerana varieti yang mengeluarkan hasil tinggi, rintang terhadap penyakit dan berkualiti. Pakej agronomi perlu diubah dengan penggunaan benih yang minimum 20 hingga 30 kilogram sehektar selain penggunaan baja paling optimum. Bagi jangka masa pendek, negara menggunakan hibrid import, sederhana dengan 50 peratus import dan tempatan manakala jangka masa panjang dengan 100 peratus tempatan.

Kelebihan padi hibrid

  • Potensi hasil tinggi antara 15 hingga 20 peratus melebihi varieti inbred.
  • Tangkai lebih banyak dan besar.
  • Lebih toleransi kepada stres seperti masalah tanah dan kekurangan air kerana sistem akar yang lebih baik.
  • Benih digunakan hanya sekali (baik untuk syarikat benih). Jika benih diguna semula, populasi tanaman tidak sekata kerana segregasi berlaku.

Sumber : Utusan Malaysia

Gallery

Lawatan TKP ke Projek Padi

Lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), YH Dato’ Dr. Sharif Haron bersama dengan Pengarah – Pengarah Pusat Penyelidikan telah dijalankan pada 18 Januari 2012 ke
Plot – Plot Projek Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri (RI) dan Pusat Penyelidikan Mekanisasi & Automasi (MA) di kawasan Negeri Kedah.

Lawatan ini turut disertai oleh pegawai – pegawai MARDI Seberang Perai, Alor Setar dan Ibu Pejabat serta pegawai-pegawai MADA dan juga pegawai dari Syarikat BASF (Clearfield). Lawatan YH Dato’ TKP merangkumi beberapa projek NKEA MADA bersama RI iaitu Ladang Pengeluaran Benih MR 263, Projek Tanaman Padi Clearfield, MR 220 CL1 dan MR 220 CL2, Plot Percubaan Padi Hibrid di Pusat Latihan MADA Alor Serdang dan Projek TechnoFund MOSTI , Pusat MA di Kg. Setia Jaya, Yan.

Dengan Lawatan YH Dato’ TKP bersama dengan pengarah – pengarah pusat lain ke Negeri Kedah ini, menunjukkan betapa kesungguhan MARDI dalam usaha mempertingkatkan hasil pengeluaran padi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 187 other followers