Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Tanaman dan haiwan ternakan yang membawa hasil yang tinggi, rentan terhadap penyakit dan boleh tahan perubahan cuaca penting dalam membangunkan sektor pertanian negara.

Sekarang ini, tugas menghasilkan tanaman dan ternakan seperti ini adalah lebih mudah berikutan pembangunan pesat dalam bidang genetik iaitu tanaman dan haiwan boleh dipilih secara genetik untuk memenuhi keperluan.

Di Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berada di hadapan dalam bidang genetik tumbuhan dan telah berjaya dalam menghasilkan pelbagai jenis tanaman yang lebih produktif.

Dalam menyampaikan pengetahuan dan asetnya kepada pertubuhan berkaitan yang lain, MARDI telah menubuhkan Pusat Penemuan dan Ketepatan Penanda (Centre for Molecular Marker Discovery and Validation-CMDV) di Pusat Penyelidikan Bioteknologi institut itu di Serdang.

CMDV mungkin berbunyi terlalu teknikal kepada orang ramai tetapi secara ringkasnya ia menyediakan teknologi memilih gen yang perlu dan dengan itu dapat membantu Malaysia menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi dan meningkatkan hasil tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman berkata, CMDV yang merupakan hasil kerjasama MARDI, Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) dan DNA Landmark Inc. dari Kanada akan menetapkan tanda aras baru teknologi dalam menambahbaik tanaman komersial dan ternakan.

CMDV ini akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan jenis baru tanaman dan haiwan dengan cepat dan cekap menggunakan penanda DNA untuk memilih ciri-ciri yang diingini.

Ini berlainan daripada kaedah pembaikbakaan konvensional yang mana tanaman dan haiwan dipilih untuk pembaikbakaan dengan memerhatikan ciri-ciri baik mereka dari luar (fenotip).

“MARDI dipilih sebagai pengendali teknologi ini kerana pengalaman meluasnya dalam bidang penanda molekul dan genom pertanian dan CMDV ini terbuka bagi institusi awam dan persendirian dalam bidang yang berkaitan.

Memandangkan CMDV boleh membawa sumbangan besar kepada aspirasi negara, maka tidaklah mengejutkan jika CMDV adalah lima daripada kelompok kecil yang bertindak sebagai pemboleh EPP14 di bawah program transformasi ekonomi.

Sehingga ini aktiviti pembaikbakaan lazimnya menggunakan kaedah-kaedah konvensional, tidak banyak menumpukan pada penyelidikan dan teknologi bagi menambahbaik tetapi di bawah EPP14 sasaran telah ditetapkan untuk menghasilkan benih berkualiti tinggi yang dibangunkan melalui teknologi berbantukan penanda molekul menjelang 2015.

CMDV bernilai RM13.35 juta ini mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan dengan ia juga menawarkan khidmat cap jari DNA bagi tanaman dan ternakan terpilih.

Dr Abd Shukor berkata, pusat canggih ini dapat menganalisis DNA ternakan dan tanaman dengan ketepatan yang tinggi dalam bilangan besar, mengekstrak sehingga 1000 sampel DNA sehari.

Dr. Abd. Shukor berkata, dalam meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang ini, tujuh saintis MARDI telah dihantar menjalani latihan tiga bulan bersama DNA Landmark di Kanada.

“Setiap daripada saintis ini mempunyai pengkhususan masing-masing – biologi molekular tumbuhan, biologi molekular haiwan, pembaikbakaan tanaman dan haiwan serta bioinformatik,” katanya.

MARDI, katanya, bersedia menawarkan khidmat teknikal serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan bersama dengan sektor awam dan swasta untuk muncul dengan jenis tanaman dan ternakan yang lebih baik.

Dr Abd Shukor menambahkata teknologi ini boleh membawa sumbangan besar kepada usaha menambahbaik keluaran sektor pertanian negara dan bantu negara capai matlamat menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi.

CMDV ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada semasa Pameran BioMalaysia 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sehingga ini Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), JEFI Aquatech Resources Sdn. Bhd. dan Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan MARDI dan BiotechCorp untuk menggunakan kemudahan CMDV.

(Sumber dipetik dari Bernama)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 180 other followers

%d bloggers like this: