Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Archive for January, 2012

Gallery

Lima cabaran dikenal pasti untuk aplikasi sektor pertanian

KUCHING, Selasa – Jawatankuasa Khas Mekanisasi dan Automasi (SCOMA) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), mengenal pasti lima isu dan cabaran berkaitan aplikasi mekanisasi dan automasi dalam sektor pertanian pada hari ini.

Ketua Setiausaha MOA, Dato’ Mohd Hashim Abdullah berkata, antara isu dan cabaran itu, tiada data komprehansif mengenai bilangan mesin dan peralatan pertanian yang dimiliki oleh sektor swasta, agensi kerajaan dan golongan petani, telah menghalang perancangan dan keperluan tambahan mesin dan peralatan pertanian dalam sektor berkaitan.

Kedua, tiada peraturan, terma-terma dan kawalan dikenakan ke atas pembekal dan pengedar atau petani dalam mengimport mesin dan peralatan pertanian, menyebabkan mesin dan peralatan yang tidak diperlukan berlambak, yang boleh menjejas stuktur tanah.

Ketiga, tiada kawalan dalam permindahan mesin dan peralatan pertanian daripada sektor ke sektor, telah menyebabkan penyebaran penyakit seperti Brown Plant Hopper (BHP) dan Golden Apple Snails ke atas pertanian.

Isu dan cabaran seterusnya, tiadanya program latihan sistematik mengenai mekanisasi pertanian dan amalan automasi untuk membantu peladang, dan terakhir, tiada peruntukan yang mencukupi untuk mengadakan latihan bagi melatih
golongan belia dan usahawan dalam operasi dan penyelenggaraan mesin dan peralatan pertanian.

“Kelima-lima cabaran dan isu ini perlu diatasi bersama dan SCOMA akan memantau dari semasa ke semasa kerana penggunaan mesin dan teknologi yang efisien tidak dapat disangkal dapat mengurangkan kos pengeluaran makanan di negara pada masa depan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa Persidangan Kebangsaan Mekanisasi Pertanian dan Makanan (NCAFM) 2012 di sini, hari ini, hadir sama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman dan Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak, Datu Dr Ngenang Jangu.

Kata Hashim, MOA dengan kerjasama MARDI, agensi berkaitan dan pihak universiti, akan terus berusaha mencari pendekatan dan alternatif berkesan, memastikan mesin berkualiti selamat dan mesra alam, dapat digunakan oleh semua golongan petani.

(Sumber dipetik dari Utusan Sarawak)

Terbitan Baru MARDI : Agromedia Bil. 35

ISSN 1511-094X
Harga: RM7.00
72 halaman

Sinopsis

Pertanian lestari merupakan satu konsep pertanian mapan yang tidak mencemarkan alam sekitar. Aktiviti dalam pertanian lestari termasuklah penggunaan baja organik untuk mengelak kesan pencemaran akibat penggunaan baja kimia yang berlebihan, menyediakan laluan air bagi mengelakkan hakisan akibat kegiatan pertanian di tanah tinggi, pengawalan serangga perosak dengan menggunakan kaedah biologi dan pelbagai aktiviti lain. Pertanian lestari merupakan fokus keluaran AGROMEDIA kali ini dan kami paparkan beberapa rencana yang berkaitan untuk maklumat pembaca.

Hubungi
Kedai Buku MARDI
Pusat Perkhidmatan Teknikal Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang, Selangor

Tel : 03-8943 7128
Faks : 03-8943 1654
Emel : booksale@mardi.gov.my
Pembelian online: http://ebookshop.mardi.gov.my

Terbitan Baru MARDI: Manual Teknologi Sistem Persekitaran Terkawal Rumah Hijau Bagi Pengeluaran Tomato dan Cili

ISBN 978-967-936-585-6
Harga: RM 15.00
49 halaman

Kandungan

  • Pengenalan dan Objektif
  • Rumah Hijau Persekitaran Terkawal
  • Sistem Kawalan Persekitaran
  • Gerak Kerja Penggunaan Sistem Persekitaran Terkawal
  • Sistem Penanaman Tomato dan Cili
  • Analisis Kewangan

 

Hubungi
Kedai Buku MARDI
Pusat Perkhidmatan Teknikal Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang, Selangor

Tel : 03-8943 7128
Faks : 03-8943 1654
Emel : booksale@mardi.gov.my
Pembelian online: http://ebookshop.mardi.gov.my

Gallery

Inovasi Row Seeder

Secara purata, hasil padi hibrid adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding kepelbagaian varieti padi tradisional atau lebih dikenali sebagai padi inbrid. Bagaimanapun, kos biji benih hibrid F1 adalah amat mahal iaitu daripada RM10 hingga RM15 per kilogram. Lantaran itu, kadar syor baru untuk penyemaian padi hibrid ditetapkan pada 25 hingga 30 kilogram setiap hektar. Namun begitu, kuantiti tersebut amat rendah untuk disesuaikan dengan kaedah broadcast mahu pun transplanting seperti yang lazimnya dipraktikkan petani seluruh negara.

Menyedari permasalahan itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan inovasi dikenali Row Seeder, khusus untuk membantu petani melaksanakan kaedah penanaman terbaik bagi memaksimumkan penggunaan biji benih hibrid pada setiap hektar.

Pegawai Penyelidik Mekanisasi MARDI Seberang Prai, Abu Hassan Daud berkata, peralatan itu mampu membantu petani untuk menanam biji benih sebanyak 100 hingga 150 biji per meter, sekali gus menjadikan ia lebih menjimatkan dan sistematik.

Menurutnya, objektif penghasilan rekaan itu adalah untuk menyediakan reka bentuk alat penyemai benih ringkas mudah untuk dibina, kos bahan murah dan penyelenggaraan yang rendah dan murah, tetapi mampu memberi prestasi di peringkat tertinggi.

“Ia direka bagi memberi pelbagai kelebihan berbanding penyemai biji benih sedia ada di pasaran. Selain itu, peralatan ini diharapkan dapat memberi impak ekonomi kepada pesawah kerana tidak terlalu bergantung kepada tenaga buruh di
samping menjamin peningkatan hasil padi,” katanya pada InfoAgro baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas tentang Row Seeder, beliau berkata peralatan itu adalah satu objek yang akan dipasang pada mesin transplater sedia ada, untuk menanam biji benih. Ia terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu kerangka utama untuk dipasangkan pada mesin tranplater, unit seeder untuk membawa dan mengeluarkan biji benih di permukaan
sawah, dan roda pemacu.

“Unit Seeder adalah komponen paling utama di mana ia mengandungi satu peranti bermeter untuk menempatkan biji benih di kedua-dua belah, dan dilengkapi dengan pintu kawalan buka dan tutup, corong tuang untuk menstorkan biji benih, dan pembahagi aliran biji benih untuk membahagikan aliran semaian kepada kedua-dua peranti permeteran. Kesemua komponen ini dibina dengan menggunakan bahan PVC, kecuali bingkai utama dan roda pemacu,” katanya.

SASAR PASARAN KOMERSIAL
Abu Hassan berkata, peranti permeteran pula dibina daripada end cap PVC diameter 10 cm di mana orifis diwujudkan dengan menggerudi lubang 10 mm di tepi end cap. Di bahagian end cap, satu lubang per segi digerudi untuk memasukkan aci pemacu manakala pembahagi aliran benih pula dibina daripada kepingan aluminium dan dibentuk menjadi V
terbalik.

“Dua lubang digerudi di pusat pembahagi untuk memasukkan aci pacu dan pembahagi kemudian dipasang pada sendi T PVC,” katanya.

Apabila roda pemacu berputar, aci pacu akan memusingkan permeteran end cap dan membenarkan biji benih diturunkan ke permukaan sawah melalui graviti. Benih dari corong tuang akan mengalir turun ke peranti pemeteran
bergantung pada ruang yang ada di sebelah kiri melalui kejatuhan benih. Kadar benih bergantung kepada bilangan pembukaan orifis yang di kawal oleh pengawal dan kandungan kelembapan.

Abu Hassan berkata, Row Seeder mempunyai kelebihan tersendiri, iaitu ia mudah untuk digunakan menghasilkan tanaman berkualiti dan mengurangkan masa menanam.

“Peralatan ini amat fleksibel daripada aspek masa kerana ia mampu melaksanakan proses penanaman biji benih lebih pantas untuk sawah berkeluasan satu hektar, iaitu dua jam berbanding kaedah manual yang lazimnya memakan masa
selama tiga hari. Kami pernah menguji keberkesanan peralatan ini di Baling, Kedah dan ternyata, ia mampu memberikan hasil yang amat memuaskan kepada petani. Bagaimana pun, kami masih memerlukan maklum balas mereka untuk meningkatkan kualiti peralatan ini, sekali gus memastikan ia tidak ketinggalan berbanding teknologi seumpama itu,” katanya.

Abu Hassan berkata, ketika ini beliau hanya menghasilkan prototaip, dan peralatan inovasi ini masih dalam proses menambah baik sebelum berada di pasaran dalam masa terdekat.

“Row Seeder akan dipasarkan dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar biji benih, bagi memberi nilai tambah kepada petani yang akan menggunakannya kelak,” katanya.

Kos untuk menghasilkan Row Seeder adalah kurang daripada RM1500, namun mungkin ia akan meningkat bergantung kepada kos fabrikasi pengilangan pemasaran dan sebagainya. Ketika ditanya sasaran pengguna, beliau berkata peralatan itu direka khusus untuk petani kecil, terutama yang memiliki mesin tranplanter, kerana Row Seeder harus dipasang kepada mesin tersebut untuk menjalankan operasi penanaman. Selain itu, peralatan ini boleh juga digunakan oleh pengusaha padi berskala besar, kontraktor perkhidmatan dan pakar penyelenggara fabrikasi.

“Saya berharap alat ini mampu mengurangkan kos penanaman padi hibrid dan memberikan pilihan dalam meningkatkan pendapatan masing-masing,” katanya.

(Sumber dipetik dari Sinar Harian)

Gallery

Teknologi bantu atasi krisis makanan

Tanaman dan haiwan ternakan yang membawa hasil yang tinggi, rentan terhadap penyakit dan boleh tahan perubahan cuaca penting dalam membangunkan sektor pertanian negara.

Sekarang ini, tugas menghasilkan tanaman dan ternakan seperti ini adalah lebih mudah berikutan pembangunan pesat dalam bidang genetik iaitu tanaman dan haiwan boleh dipilih secara genetik untuk memenuhi keperluan.

Di Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berada di hadapan dalam bidang genetik tumbuhan dan telah berjaya dalam menghasilkan pelbagai jenis tanaman yang lebih produktif.

Dalam menyampaikan pengetahuan dan asetnya kepada pertubuhan berkaitan yang lain, MARDI telah menubuhkan Pusat Penemuan dan Ketepatan Penanda (Centre for Molecular Marker Discovery and Validation-CMDV) di Pusat Penyelidikan Bioteknologi institut itu di Serdang.

CMDV mungkin berbunyi terlalu teknikal kepada orang ramai tetapi secara ringkasnya ia menyediakan teknologi memilih gen yang perlu dan dengan itu dapat membantu Malaysia menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi dan meningkatkan hasil tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman berkata, CMDV yang merupakan hasil kerjasama MARDI, Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) dan DNA Landmark Inc. dari Kanada akan menetapkan tanda aras baru teknologi dalam menambahbaik tanaman komersial dan ternakan.

CMDV ini akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan jenis baru tanaman dan haiwan dengan cepat dan cekap menggunakan penanda DNA untuk memilih ciri-ciri yang diingini.

Ini berlainan daripada kaedah pembaikbakaan konvensional yang mana tanaman dan haiwan dipilih untuk pembaikbakaan dengan memerhatikan ciri-ciri baik mereka dari luar (fenotip).

“MARDI dipilih sebagai pengendali teknologi ini kerana pengalaman meluasnya dalam bidang penanda molekul dan genom pertanian dan CMDV ini terbuka bagi institusi awam dan persendirian dalam bidang yang berkaitan.

Memandangkan CMDV boleh membawa sumbangan besar kepada aspirasi negara, maka tidaklah mengejutkan jika CMDV adalah lima daripada kelompok kecil yang bertindak sebagai pemboleh EPP14 di bawah program transformasi ekonomi.

Sehingga ini aktiviti pembaikbakaan lazimnya menggunakan kaedah-kaedah konvensional, tidak banyak menumpukan pada penyelidikan dan teknologi bagi menambahbaik tetapi di bawah EPP14 sasaran telah ditetapkan untuk menghasilkan benih berkualiti tinggi yang dibangunkan melalui teknologi berbantukan penanda molekul menjelang 2015.

CMDV bernilai RM13.35 juta ini mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan dengan ia juga menawarkan khidmat cap jari DNA bagi tanaman dan ternakan terpilih.

Dr Abd Shukor berkata, pusat canggih ini dapat menganalisis DNA ternakan dan tanaman dengan ketepatan yang tinggi dalam bilangan besar, mengekstrak sehingga 1000 sampel DNA sehari.

Dr. Abd. Shukor berkata, dalam meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang ini, tujuh saintis MARDI telah dihantar menjalani latihan tiga bulan bersama DNA Landmark di Kanada.

“Setiap daripada saintis ini mempunyai pengkhususan masing-masing – biologi molekular tumbuhan, biologi molekular haiwan, pembaikbakaan tanaman dan haiwan serta bioinformatik,” katanya.

MARDI, katanya, bersedia menawarkan khidmat teknikal serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan bersama dengan sektor awam dan swasta untuk muncul dengan jenis tanaman dan ternakan yang lebih baik.

Dr Abd Shukor menambahkata teknologi ini boleh membawa sumbangan besar kepada usaha menambahbaik keluaran sektor pertanian negara dan bantu negara capai matlamat menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi.

CMDV ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada semasa Pameran BioMalaysia 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sehingga ini Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), JEFI Aquatech Resources Sdn. Bhd. dan Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan MARDI dan BiotechCorp untuk menggunakan kemudahan CMDV.

(Sumber dipetik dari Bernama)

Terbitan Baru MARDI: Manual Teknologi Penanaman Strawberi Secara Fertigasi

ISBN : 978-967-936-587-0
Harga : RM 20.00

Sinopsis
Manual ini adalah sebagai panduan dan rujukan penanaman strawberi secara moden dan komersial kepada petani, pengusaha, penyelidik dan pelajar. Dengan adanya manual ini juga diharapkan petani lebih yakin mengusahakan tanaman strawberi bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat.

Hubungi
Kedai Buku MARDI
Pusat Perkhidmatan Teknikal Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang, Selangor

Tel : 03-8943 7128
Faks : 03-8943 1654
Emel : booksale@mardi.gov.my
Pembelian online: http://ebookshop.mardi.gov.my

Gallery

MARDI bangunkan penyelidikan tingkatkan hasil

Dalam menyumbang kepada agenda transformasi pertanian negara, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memainkan peranan
penting membangunkan teknologi untuk diguna pakai kumpulan sasaran, yang terdiri daripada golongan petani, peladang, agensi kerajaan, sektor swasta dan individu.

Melalui Rancangan Malaysia Ke-9 dan Ke-10, MARDI membangunkan pelbagai teknologi, antaranya pembangunan baka baru tanaman dengan menghasilkan beberapa varieti baru padi buah-buahan dan sayur-sayuran yang diguna pakai oleh kumpulan sasar.

Bagi tanaman padi varieti terkini yang dibangunkan, adalah MR253 dan MR263. Menerusi penggunaan varieti ini, padi boleh ditanam di kawasan yang mempunyai tahap kesuburan rendah atau kawasan yang mempunyai kadar kemasaman tinggi.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman berkata, MARDI turut membangunkan varieti MR220CL1 dan MR220CL2, iaitu jenis varieti yang sesuai ditanam di kawasan bermasalah dengan serangan padi angin.

“Penghasilan dua varieti baru ini adalah satu sumbangan besar daripada MARDI kepada industri pertanian negara khususnya padi, kerana varieti ini dapat menangani masalah serangan padi angin yang menjejaskan pesawah di negara ini. Untuk meningkatkan pengeluaran padi, MARDI juga membangunkan sistem penanaman yang dikenali sebagai sistem aerob, iaitu satu kaedah penanaman yang menggunakan air mengikut keperluan. Cara penanaman ini adalah berbeza dengan kaedah penanaman biasa yang menggunakan kaedah air bertakung. Kaedah ini sangat sesuai digunakan pada masa kini, memandangkan perubahan cuaca global pada hari ini yang tidak menentu, terutama ketika keadaan cuaca panas dan kering di mana kita memerlukan kaedah tanaman yang kurang memerlukan air,” katanya.

Menurut Dr Abd Shukor, MARDI menghasilkan 35 varieti padi sejak 1971. Varieti paling popular ditanam oleh kebanyakan petani adalah dari jenis MR219 dan MR220, di mana lebih 90 peratus jelapang padi di Malaysia menggunakan varieti ini.

Untuk mengurangkan import beras, MARDI kini membangunkan varieti MRQ74 yang dikenali sebagai Mas Wangi dan beberapa lagi varieti berkualiti bagi memenuhi keperluan penduduk negara.

MARDI kini melakukan penyelidikan ke atas varieti padi hibrid yang mampu menghasilkan peningkatan hasil sebanyak 10 hingga 15 peratus berbanding padi inbrid.

“Buat masa ini, kita sedang menilai padi hibrid dari China dengan kerjasama penyelidik dari negara itu. Pada masa sama membuat penilaian dengan Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) di Filipina dan akan membangunkan padi hibrid Malaysia dalam masa dua atau tiga tahun akan datang. Matlamat MARDI kini adalah untuk meningkatkan produktiviti tanaman padi daripada dua musim tanaman dalam setahun kepada lima musim tanaman dalam dua tahun dengan menggunakan baka sedia ada,” katanya.

Buat masa kini, purata pengeluaran padi bagi setiap hektar di peringkat nasional adalah sebanyak 3.85 tan sehektar dan kiraan ini termasuklah penghasilan padi bukit di Sabah dan Sarawak, bagaimanapun untuk peringkat jelapang hasilnya
adalah lebih tinggi.

Bagaimanapun, di kawasan tertentu seperti di Selangor atau di kawasan MADA, hasil yang diperoleh adalah melebihi 6 tan sehektar, malah terdapat juga kawasan yang mempunyai sistem infrastruktur dan saliran yang baik, petani mampu mencapai 10 tan sehektar, dan seperti mana di Tanjung Karang baru-baru ini, penghasilan padi di sini mampu mencecah sehingga 13 tan sehektar.

Turut dilaksanakan adalah kajian ke atas pertanian tepat yang menggunakan satelit imej yang bertujuan untuk memastikan input pertanian seperti baja atau racun serangga digunakan mengikut keperluan sebenar atau berdasarkan status kesuburan tanah.

Di samping itu, sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan tersohor, MARDI juga memainkan peranan penting dalam memajukan industri pertanian negara, menerusi hasil kajian dan ciptaan terkini teknologi pertanian dan penghasilan
produk bersumberkan pertanian.

Antara yang diperkenalkan MARDI adalah mewujudkan makmal Centre For Marker Discovery and Validation (CMDV) dengan kerjasama BiotechCorp, yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 21 November lalu. Makmal tersebut merupakan sebuah pusat bagi meningkatkan keupayaan program pembaikbakaan tanaman dan ternakan yang pertama di Malaysia.

Dua bidang bioteknologi yang berpotensi dalam pertanian adalah kejuruteraan genetik dan pembaikbakaan berbantukan penanda molekul. Kejuruteraan genetik adalah teknologi bagi menghasilkan varieti baru dalam tanaman supaya dapat digunakan sebagai induk menerusi pembaikbakaan.

Selain makmal teknologi CMDV, MARDI juga memperkenalkan Biosensor yang digunakan sebagai alat pemantau tahap pencemaran yang terkandung dalam makanan seperti segar dan terproses. Melalui teknologi biosensor, bahan pencemaran dalam makanan dapat ditentukan dengan pantas, iaitu kurang dari
pada satu jam dan pada kadar yang rendah iaitu bahagian perjuta (bpj).

Sebagai contoh, biosensor bagi mengesan sisa baki kimia dalam sayur-sayuran dan buah-buahan segar telah dilesenkan kepada syarikat tempatan. Begitu juga dengan biosensor untuk mengesan antibiotik dalam daging ayam.

Kewujudan Biosensor dapat membantu pihak penguasa seperti Kementerian Kesihatan untuk memantau tahap pencemaran produk makanan di pasaran.
Bagi memastikan kualiti tanaman dan ternakan terjamin, MARDI turut menghasilkan produk effective microb (EM) yang dikenali Genkimo.

Genkimo dihasilkan melalui proses fermentasi dan pemencilan secara semula jadi menggunakan seratus peratus produk tempatan. Kandungan mikrob efektif enzim dan asid organik dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan dalaman ternakan, dan meningkatkan tumbesaran dan daya tahan penyakit manakala ia amat sesuai untuk menggalakkan percambahan dan meningkatkan proses fotosintesis tanaman serta menukar bahan organik kepada baja dengan cepat. Produk ini berkesan untuk menghindar bau busuk dan lalat, dan sesuai digunakan untuk ternakan ayam dan lembu.

Menerusi bidang penghasilan makanan, MARDI sentiasa menjalankan penyelidikan dan kajian terhadap produk makanan berasaskan pertanian yang bukan saja boleh dipasar di dalam negara tetapi mampu ke pasaran dunia, dan antara yang terkenal adalah Kacang Tanah Varieti Margenta dan Ubi Keledek
Varieti Vitato.

Varieti Margenta adalah kacang tanah yang diperkenalkan MARDI menerusi teknologi baru mereka, malah tanaman varieti itu terbukti mempunyai potensi, terutama dalam meningkatkan penghasilannya di tanah bris dan sesuai dijadikan sebagai tanaman singkat, iaitu ditanam secara giliran dengan jagung manis
dan keledek.

Margenta sesuai dijadikan snek seperti kacang rebus kering, coklat berkacang, bepang kacang dan kacang goreng bersalut, selain dijadikan sebagai bahan untuk kuah sate.

Produk Varieti Vitato pula dikenali sebagai ubi keledek dan juga disebut sebagai ‘Ipomea batatas’ yang kaya dengan karbohidrat dan vitamin A.

(Sumber dipetik dari Berita Harian)

Gallery

Banana growers’ big headache

About 40 per cent of banana plants in the country are being affected by a type of bacteria, destroying crops and affecting the livelihood of farmers. Touted as the HIV of banana plants, the bacteria Ralstonia solanacearum was first detected in
Pontian, Johor in March 2007. To date, it has spread extensively to other states in the peninsula, namely Kedah, Perak, Negri Sembilan, Malacca, Pahang and
Kelantan.

The bacteria attack the fruits, causing them to rot before they ripen. Pisang awak, pisang abu and pisang nipah — the most popular bananas used in cooking — have almost disappeared as farmers have virtually abandoned their farms, due to the destroyed crops.

Bananas, the second largest commercially planted fruit crop in the country, cover more than 26, 000ha or over 11 per cent of the total fruit growing areas. About 50 per cent of the banana growing areas, is cultivated with pisang berangan or the cavendish type . The other popular varieties are pisang mas, pisang rastali, pisang raja, pisang awak, pisang abu, pisang nangka and pisang tanduk. Records from the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) showed the top three banana producing states are Johor, which has 7, 161ha of banana-growing areas, followed by Pahang 3,927ha and Sarawak 3,729ha.

MARDI deputy director (pest and disease management programme), Dr Mohamad Roff Mohd Noor said, the disease was believed to have been inadvertently brought into the country by farmers who carried with them, planting equipment stained with soil. He said most farmers were shocked to see
their crops destroyed by the disease, and all they could do was abandon their farms.

“The disease is affecting the government’s agriculture transformation programme, as farmers are afraid to start replanting. Our duty is to disseminate information to farmers, to minimise the spread of the disease.”

A survey conducted by the Agriculture Department to determine the occurrence of the disease in Johor, showed that about 60 per cent of3,212ha of banana planting areas were affected. Initially, the disease attacked only cooking bananas. The first case of dessert bananas being affected was pisang berangan, reported a year ago in Perak.

The popular dessert bananas are pisang mas, pisang berangan, pisang rastali and pisang embun, while the popular cooking varieties are pisang nangka, pisang raja, pisang awak, pisang abu and pisang tanduk. Most of the bananas
produced were consumed locally, and about 10 per cent are exported mainly to
Singapore, Brunei, Hong Kong and the Middle East.

Roff said, two ways to control the disease was through de-budding or bagging the flowers with polyethylene bags, to control them from being spread by insects, and field sanitation by removing decaying leaves, infected plants and sterilising farming equipment.

(Source adapted from the New Straits Times)

Gallery

MARDI bangunkan teknologi penyimpanan makanan

Tempe, tapai nata dan dadih yang sebelum ini mudah basi, kini tahan lebih lama hasil penyelidikan dan pembangunan R&D serta inovasi penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI).

Teknologi itu mengaplikasi penyediaan budaya pembekuan dan penyimpanan bahan makanan, menggunakan teknik pemeliharaan jangka panjang untuk sumber Mikrob Koleksi Budaya Makanan Berfungsi (CFFC).

Bagi tujuan itu, MARDI membangunkan sebuah makmal yang dilengkapi sesuhu nitrogen cecair penyimpanan meliputi Sistem Mengecas Pembekuan Automatik, yang mempunyai suhu 8°C hingga 20°C pada paras beku.

Penyelidiknya, Dr Tan Geok Hun berkata, CFFC dilengkapi peti sejuk aliran udara lamina dan inkubator yang membekukan sistem kering bagi pemeliharaan jangka panjang.

Katanya, mereka memohon dua teknik, iaitu pemeliharaan dan pembekuan atau pengeringan, yang sekali gus menjadikan tempe, nagat, nata dan dadih bukan saja tahan lama, malah selamat dimakan.

CFFC ialah program biopemproses Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI, yang dimulakan sejak akhir tahun lalu, dengan objektif utama unit itu untuk
mengekal dan menguruskan pertindihan budaya fungsi yang disediakan mikrob makanan di institut penyelidikan berkenaan.

“CFFC juga berhasrat untuk menyediakan kemudahan untuk penyelidikan dan makmal pengajaran untuk penyelidik universiti dan pihak yang berkepentingan,” katanya kepada Varsiti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Teknologi itu bermatlamat mewujud dan mengekalkan budaya mikrob makanan berfungsi dalam satu sistem piawaian menepati Standard Operasi (SOP) dan pensijilan ISO 9001:2008 di MARDI.

Pusat berkenaan juga membangunkan katalog dalam talian untuk budaya makanan berfungsi bagi menyokong R&D produk bioteknologi yang dinilai tambah melalui biopemprosesan.

Dr Tan berkata, teknologi itu turut menyediakan pemendapan selamat untuk mikrob budaya makanan berfungsi bagi merangsang dan menyokong kajian serta kerja penyelidikan yang berkaitan dengan kepelbagaian mikrob dan taksonomi, selain menyokong dan berkhidmat sebagai pembekal perkhidmatan kepada pihak berkepentingan tempatan.

“Kami menyediakan perkhidmatan latihan kepada pemeliharaan jangka panjang sumber mikrob, meliputi bakteria yis dan kulat serta menyediakan pemeliharaan dan penyelenggaraan jangka panjang budaya CFFC. Projek yang dimulakan awal tahun ini, akan memberikan perkhidmatan kepada penyelidik dan pihak berkepentingan, untuk manfaat industri makanan negara,” katanya.

(Sumber dipetik dari Berita Harian)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 186 other followers