Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Dasar Agro Makanan Negara

Dasar Agro Makanan Negara, yang akan dijalankan selama 10 tahun, telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011, dan telah menggantikan Dasar Pertanian Negara.

Dasar ini diadakan untuk menangani isu bekalan makanan di Malaysia. Dengan dasar ini, ia memberi jaminan bahawa jumlah bekalan makanan mencukupi dan juga selamat untuk dimakan di negara kita.

Selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, adalah dijangka bahawa Dasar Agro Makanan Negara akan meningkatkan pendapatan bagi golongan petani serta usahawan tani. Seterusnya, ia akan membolehkan perkembangan sektor pertanian sebagaiĀ  industri yang mantap dan berdaya tahan.

Dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membangkitkan isu Dasar Agro Makanan Negara berkenaan dengan subjek kenaikan harga bekalan makanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Beliau menyatakan bahawa sejumlah RM1.1 bilion telah diperuntukkan bagi sektor pertanian sahaja.

Dengan permulaan yang memberangsangkan kepada Dasar Agro Makanan Negara, adalah diharapkan bahawa ia dapat memberi masa depan cerah untuk industri asas tani.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dasar Agro Makanan Negara, sila klik pada pautan berikut:

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 189 other followers

%d bloggers like this: