Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Padi hibrid SIRAJ

Padi hibrid ialah padi generasi pertama (F1) yang ditanam hasil daripada kacukan dua jenis padi biasa yang mempunyai genetik tetap daripada varieti padi tertentu. Hibrid adalah istimewa kerana ianya mempamerkan apa yang dikatakan sebagai ‘heterosis’ atau ‘hybrid vigor’. Vigor ini ditunjukkan oleh kelebihan dalam sifat beranak, akar dan juga saiz tangkai. Jika dikacukkan dua jenis induk yang mempunyai genetik berbeza antara satu sama lain, anak yang terhasil akan lebih unggul, khususnya dari segi hasil. Melalui pengalaman di negara yang menanam padi hibrid, kelebihan hasil boleh mencapai 15-30% berbanding dengan padi inbred atau konvensional.

Padi hibrid SIRAJ dipilih daripada kacukan padi jenis Indica dan Japonica. Indica adalah varieti beras wangi dari India. Sifatnya hampir serupa dengan sifat beras Basmathi manakala Japonica mempunyai tekstur lembut dan aroma yang harum.

Keistimewaan padi hibrid SIRAJ adalah

  • Tangkai yang lebih besar dan anak yang lebih banyak berbanding varieti inbred/biasa
  • Mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding pengeluaran daripada jenis biasa, dengan potensi hasil tinggi melebihi 10t/ha
  • Anggaran hasil dan jumlah pulangan yang tinggi berbanding jenis inbred/biasa
About these ads

Comments on: "Padi hibrid SIRAJ" (21)

  1. jaihon sadiwal said:

    boleh minta 100g benih padi hibrid

    • Terima kasih di atas maklumbalas Tuan. Untuk maklumat lanjut, Tuan boleh menghubungi Puan Yusmizawati binti Mohd Yusob, Pengarah MARDI Negeri, Stesen Penyelidikan Padi Hibrid MARDI Perlis, di talian 04-9862391, 9862392, 9862393, atau 04-9861616.

  2. salam
    nak tanya ttg padi baru kalau xsilap rh 1 (kalau xsilap). dengar crita tangkai lebih panjang
    dah dijual atau masih dalam kajian.

    • Untuk mendapatkan bekalan, sila hubungi stesen Penyelidikan Padi Hybrid MARDI Perlis

      di talian 04-986 2391/2392/2393 atau Syarikat RB Sdn .Bhd (Dr. Chan) di talian 019-970 1598.

      Harga jualan RM15/kg

  3. muhamad yusri zaini said:

    lebih cantik kalau di sertakan dengan gambar padi hybrid ni

  4. muhamad yusri zaini said:

    dimana tempat untuk mendapatkan benih padi hybrid yang terdekat dengan saya yang tinggal di semanggol perak?
    bagaimana cara pengurusan penanaman padi hybrid yang terbaik ? adakah caranya sama dengan cara penanaman padi mr219?

    • i. Setakat ini hanya padi hibrid SIRAJ sahaja yang telah diisytihar dan boleh ditanam oleh petani. Benih boleh diperolehi di Stesen Padi Hibrid Tambun Tulang Perlis yang melalui Syarikat RB Biotech. Syarikat ini adalah pemilik kepada varietiu padi hibrid SIRAJ.

      ii. Cara penanaman padi hibrid Siraj boleh menggunakan kaedah tabur terus atau cedung. Disebabkan kadar benih adalah mahal iaitu sekitar RM12-15/kg, kadar benih yang disyorkan sekitar 25-30kg per hektar sahaja berbanding dengan kadar benih padi MR 219 (120-150 kg/ha). Petani mungkin tidak biasa menabur benih dengan kadar yang agak rendah, oleh itu kaedah cedung adalah disyorkan.

      iii. Dari segi pengurusan tanaman samada seperti penyediaan tanah, air, pengurusan penyakit dan perosak adalah seperti MR 219. Tetapi dari segi kadar baja yang disyorkan adalah 130N:100P:180K.

  5. salam
    1. adakah benih padi siraj boleh diperolehi berterusan?
    2. kadar pembajaan bagi padi siraj n130: p100: K180, terdapat sedikit perbezaan, boleh detailkan keperluan npk mengikut 4 kali pembajaan; hlt 15, 35, 55 dan 75?
    terima kasih.

    • Salam,

      i) Setakat ini, syarikat pengeluar benih hibrid mampu mengeluarkan benih padi SIRAJ secara berterusan untuk memenuhi keperluan pelanggannya.
      ii)

      Sekian,
      Terima kasih

  6. padi siraj ni jika ditanam.musim depan blh buat benih x?

    • Padi Siraj yang telah ditanam tidak boleh dituai untuk dijadikan benih pada musim akan datang. Benih padi hibrid perlu dibeli pada setiap kali musim penanaman kerana benih tersebut adalah benih F1 (generasi pertama) dimana fenomena heterosis hanya wujud pada generasi F1 sahaja. Fenomena heterosis memberi kelebihan kepada padi hibrid secara amnya dari segi hasil, kadar pertumbuhan yang cepat dan sistem akar yang lebih baik. Sekiranya padi Siraj ditanam dan dibuat benih untuk musim hadapan, padi yang ditanam akan menjadi populasi F2 (generasi kedua) dimana padi ini tidak lagi menunjukkan fenomena heterosis seperti pada generasi F1 dan menyebabkan populasi padi menjadi tidak seragam

  7. brapa hr padi ni masak?klu sama dgn 219 blh sulam skali.jimat kos.

    • Tempoh matang bagi padi Siraj dan MR219 adalah sedikit berbeza dimana padi Siraj mempunyai tempoh matang 111-115 hari manakala MR219 pula 105-111 hari.

  8. roslizan zakaria said:

    Tuan, bagaimanakah ciri2 detail padi hybrid Siraj termasuk ketahanan penyakit?

    • Padi hibrid SIRAJ dipi;ih daripada kacukan jenis ‘Indica’ dan Japonica. Indica adalah varieti beras wangi dari India. Sifatnya hampir serupa dengan sifat Basmathi manakala Japonica mempunyai tekstur lembut dan aromanya harum.

      Antara keistimewaanpadi hibrid SIRAJ adalah :
      - tangkai lebih besar dan anak lebih banyak berbanding inbred biasa
      - mengeluarkan hasil yang lebih berbanding dengan pengeluaran daripada jenis biasa, potensi hasil tinggi melebihi 10 t/ha
      - kadar benih rendah: 30kg/ha
      - anggaran hasil dan jumlah pulangan yang tinggi berbanding jenis biasa

  9. alex abdul said:

    saya kagum dengan teknologi padi siraj dan diharap dapat dipertingkatkan sperti variety mrq 74 dan 76. lebih banyak prospek penyelidikan dapat dimajukan dari variety padi ini

  10. terima kasih Mardi atas makluman, nak bertanya sedikit adakah semua pihak kilang menerima jenis padi hibrid ini nanti setelah dituai untuk dijual..?

  11. macam mane nak beli benih tu dan boleh ker beli dengan kadar yg sikit nak cuba dulu…

    • Boleh beli pada kadar yang sedikit. Datang ke Unit Bijih Benih MARDI pada waktu pejabat untuk mendapatkannya. Hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut mengenai bijih benih MARDI. 03 – 8943 7464

  12. harun abd rahman said:

    salam tuan, disekitar alor setar, dekat mana boleh dapat pembekal benih padi hybrid ni

    • Salam. Untuk makluman, Padi Hybrid keluaran MARDI setakat ini masih di dalam proses penyelidikan. namun begitu, Padi Hybird Siraj (yang dibangunkan oleh RD Biotek dengan bantuan MARDI) boleh didapati di MARDI Arau. Tuan boleh terus hubungi pihak MARDI Arau untuk maklumat lanjut mengenai ini. MHD BOOKERI BIN MD LUDIN (PEGAWAI PENYELIDIK PRINSIPAL) di talian 04-9862391/92/93 atau emel bookeri@.mardi.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 186 other followers

%d bloggers like this: