SEGALA yang diciptakan Allah sudah pasti tiada yang sia-sia. Antara ciptaanNya yang amat istimewa adalah lebah. Sesungguhnya lebah diletakkan pada kedudukan amat penting berbanding serangga lain.
Tidak hairan jika satu surah di dalam al-Quran dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia.
Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Sehingga kini kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat.
Manakala lebah tidak menyengat atau kelulut dalam genus Trigona memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan ditinggalkan.
Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
Kajian dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding negara Asia lain.
Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik, Mohd Fahimee Jaafar berkata, di Semenanjung Malaysia saja terdapat 29 spesies kelulut manakala jumlah spesies di Sabah dan Sarawak tidak dapat ditentukan.
“Di MARDI saja terdapat 15 spesies dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu besar, sederhana dan kecil,” katanya.
Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun.
Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.
Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
“Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.
“Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang,” katanya.
Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya.
“Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim,” katanya.
Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu.
Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor.
“Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat,” katanya.
Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil.
Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut.
“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi.
“Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” katanya.
Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.
Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.
Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.
Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit.
Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan.
(Sumber dari Utusan Online)
Comments on: "Potensi madu kelulut" (35)
Rumah saya, di Kg Kuala Ching, Batu Malim ,Raub ,Pahang. Banyak Lebah Kelulut, Mereka bersarang dicelah-celah dinding rumah Saya. bagaimanakah saya mahu menjadikan Madu ini industri Hiliran?.
Terima kasih atas pertanyaan Tuan.
Untuk menjadikan lebah kelulut sebagai salah satu industri hiliran, perkara pertama yang diperlukan adalah cara bagaimana untuk menternak lebah kelulut. Daripada maklum balas pihak Tuan, kelulut banyak bersarang di dinding-dinding rumah Tuan. Apa yang diperlukan adalah mengalihkan sarang-sarang berikut ke dalam kotak. Kotak untuk lebah cerana boleh digunakan untuk spesis kelulut ini kerana saya rasa ianya spesis yang kecil. Setelah itu sarang perlu dijaga dengan baik selama lebih kurang dua minggu untuk mengelakkan diserang dari musuh.
Untuk pengeluaran madu, Tuan perlu meletakkan sarang tersebut di kawasan yang mempunyai sumber nektar yang banyak seperti di ladang belimbing. Namun begitu saya ingin menyatakan bahawa hasil utama kelulut adalah propolis, bukanlah madu seperti spesis lebah madu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penternakan kelulut, saya menjemput Tuan ke Rumah Agen Pendebunga di MARDI Serdang untuk melihat sendiri bagaimana kelulut itu diternak.
Bagaimana mendapatkan starter colony bagi yang tidak ada sumber (seperti kelulut di dinding rumah). MARDI ada jual?
Bagaimana mendapatkan starter colony bagi yang tidak ada sumber (seperti kelulut di dinding rumah). MARDI ada jual?
Bagaimana nak pergi ke Rumah Agen Pendebunga di Serdang?
Salam tuan, macam mana prosudernya kalau saya mahu ke Rumah Agen Pendebunga di Mardi. Saya agak berminat untuk menternak kelulut sebagai agen pendebunga di kebun saya.
Untuk melawat Rumah Agen Pendebunga di MARDI Serdang, Tuan boleh menghubungi:
DR. MOHD NOROWI B. HAMID
Pengarah
Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang, Selangor
No. Tel: 03-8943 7427, No. Faks: 03-8943 7714
Emel: norowi@mardi.gov.my
Assalamualaikum wbt. Saya seorang guru di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Di kawasan sekolah saya boleh dikatakan banyak koloni liar kelulut ini yang bersarang di celah-celah dinding dan pintu kelas/asrama. Saya pernah mencuba untuk mencari kaedah pembiakan kelulut ini dalam internet, tetapi hampir tiada maklumat yang diperolehi. Saya juga pernah membuat penyelidikan sendiri dengan beberapa orang pelajar saya dengan menilai struktur sarang kelulut ini dan juga penghasilan madu serta propolis. Kajian ini pernah mendapat ke dua dalam Pertandingan Inovasi Sains Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Peringkat SBP. Memandangkan kesulitan untuk mendapatkan maklumat lanjut, kajian ini dihentikan. Pernah juga seorang pelajar Master dari USM datang untuk membuat penyelidikan di sini tahun ini tetapi atas sebab-sebab tertentu beliau membatakanya. Selepas saya membaca artikel kelulut ini dalam Utusan Malaysia hari ini, saya rasa ingin kembali mencuba menternak kelulut ini di sekolah saya. Harap penulis dapat memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya. Sayang dengan sumber yang ada dan jarang diperolehi di tempat lain. Terima kasih.
Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Untuk maklumat lanjut tentang penternakan kelulut, Tuan boleh menghubungi:
MOHD FAHIMEE BIN JAAPAR (No. Tel: 03-89437872, Emel: miesre@mardi.gov.my)
HAMDAN BIN SIPON (No. Tel: 03-89437808, Emel: shamdan@mardi.gov.my)
Kami berbesar hati dengan maklumbalas dan minat dari pihak tuan-tuan. Untuk pengetahuan semua, MARDI tidak menjual koloni kelulut, namun begitu terdapat satu syarikat bimbingan MARDI yang menjual koloni kelulut iaitu Tigona Bee. Menternak kelulut bukanlah sesuatu yang sukar, oleh yang demikian pihak MARDI akan mengadakan satu kursus penternakan kelulut pada tahun hadapan yang mana tarikh belum ditentukan lagi. Bagi tuan-tuan yang berminat untuk ke rumah agen pendebunga pihak kami mengalu-alukan dan pohon untuk membuat satu surat kepada Pejabat Pengarah Sumber Strategik MARDI. Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya di MARDI.
Kalau nak lawat ladang kelulut serdang ni boleh?boleh juga tahu cara ternak kelulut ,,,
bila boleh pergi ? tolong maklumm..TQ
Bagi yang berminat untuk mengetahui kelulut (menternak,mengenali dan menggunakan) di MARDI Serdang, sila hubungi Pejabat Pengarah Pusat Sumber Strategik untuk maklumat lanjut di talian 03-8943 7389 atau En. Mohd Fahimee Jaapar di talian 03-89437872.
Assalamualaikum,
Boleh datang bila-bila masa cuma yang penting buat surat ringkas kepada
Pengarah Pusat Sumber Strategik
Ibu Pejabat MARDI Serdang
43400 Serdang.
sya baru menternak kelulut..nk tahu dalam 1 sarang boleh keluarkan banyak mana?
Bagi yang berminat untuk mengetahui kelulut (menternak,mengenali dan menggunakan) di MARDI Serdang, sila hubungi Pejabat Pengarah Pusat Sumber Strategik untuk maklumat lanjut di talian 03-8943 7389 atau En. Mohd Fahimee Jaapar di talian 03-89437872.
Assalamualaikum,
Boleh saya dapat maklumat untuk cara memecah koloni Trigona itama?
Assalamualaikum,
Saya rasa mungkin lebih baik en datang sendiri ke MARDI
zadidi bin zahari saya berminat mertenak lebah madu bagai mana saya dapat bantuan mardi krusus menternak lebah
Buat masa ini MARDI tidak menganjurkan kursus lebah madu, namun begitu pihak MARDI boleh membantu. Sila datang ke Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
En Zadidi boleh menghubungi Pusat Sumber Strategik ataupun saya di talian 0122791965. Kursus Lebah Madu pada waktu ini tidak dijalankan di MARDI tetapi Jab Pertanian ada menganjurkan kursus ini.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koloni kelulut , boleh hubungi saya..
014-7415303
KELULUT EASTMEWA.
saya bru ingin mencuba dlm bidang ternak kelulut..tuan sila harga satu koloni kelulut..telepon saya 0163871735
tq
Kolony Kelulut untuk dijual
sila SMS 0148322015 (En.Arifin) dari kelantan.
Saya berminat memelihara kelulut ini setelah membaca artikal di akhbar tetapi saya berada di sarawak dapatkah tuan hantar koloni kelulut ke sarawak..Nyatakan harga dan boleh email saya di bostari_mohamad@yahoo.com.my.TQ
Assalam, tuan boleh hubungi terus, DR. MOHD NOROWI B. HAMID
Pengarah
Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang, Selangor
No. Tel: 03-8943 7427, No. Faks: 03-8943 7714
Emel: norowi@mardi.gov.my
saya tertarik dengan pakej ternakan madu kelulut. saya mempunyai 10 sarang di perlis…saya ingin mengetahui lebh lanjut program yang di utarakan oleh MARDI…..saya ingin mendapat sarang kelulut kotak dan batang pohon…sadso88@gmail.com 0125707007
Assalam,
Tuan boleh menghubungi terus, DR. MOHD NOROWI B. HAMID
Pengarah
Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang, Selangor
No. Tel: 03-8943 7427, No. Faks: 03-8943 7714
Emel: norowi@mardi.gov.my
Salam, saya dah mempunyai 4 batang kelulut dan sudah dapat mengutip hasil madunya. Disini saya ingin meminta sedikit petua bagaimana saya nak mengumpan kelulut yang bersarang dipokok supaya masuk didalam kotak yang saya buat. Bagaimana tteknik dan caranya. Terima kasih.
Untuk bantuan teknikal, mohon kerjasama tuan untuk hubungi, MOHD FAHIMEE BIN JAAPAR (No. Tel: 03-89437872, Emel: miesre@mardi.gov.my)
HAMDAN BIN SIPON (No. Tel: 03-89437808, Emel: shamdan@mardi.gov.my)
slam… Berkenaan lebah kelulut bagaimana pasaran madu & propolis pada tahun baru ini…
Assalamualaikum
Untuk makluman,pihak MARDI tidak terlibat dalam pemasaran produk. DIcadangkan menghubungi pihak FAMA untuk maklumat selanjutnya. Terima kasih.
salam..sya mnjalankan perniagaan kelulut d kampung..di kedah..dan sya brhasrat ingin meluaskn lagi perniagaan sya..di manakah sya bleh mndpatkn mklumat yg lengkap..
Sila hubungi pihak FAMA yang berdekatan tempat puan untuk membantu .
salam..sya mnjalankan perniagaan kelulut d kampung..di kedah..dan sya brhasrat ingin meluaskn lagi perniagaan sya..di manakah sya bleh mndpatkn mklumat yg lengkap..
boleh beli madu lebah kelulut terus dari mardi ke
Untuk pembelian madu lebah kelulut, ia boleh di dapati di alamat:
No 25, Jalan Melur 3,
Taman Sri Ramal,
43300, Kajang Selangor
No tel: 012 362 5711