Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengukir nama sekali lagi apabila Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik, Dr. Ramli Mohd. Noor berjaya menghasilkan GenKimo atau dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.

“GenKimo merupakan produk probiotik mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel. Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di MARDI Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Mendapat pendidikan lanjutan di negara matahari terbit, Dr. Ramli juga menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan bagi ruminan serta unggas.

Kini produk berkenaan berjaya dikomersialkan setelah memenangi pelbagai anugerah di dalam serta luar negara seperti di Pingat Emas semasa Pameran BioMalaysia 2008 dan Pingat Perak semasa SITF 2009 di Seoul, Korea Selatan.

GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan.

Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal daripada Korea menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal.
Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran pada tumbuhan serta ketahanan terhadap penyakit.

“GenKimo bermula dengan pemprosesan silaj bagi memaksimumkan penapaian nutrien asli yang ada dalam tanaman foraj (daun) atau sisa industri pertanian,” katanya.

Secara asasnya, penapaian silaj berlaku secara biasa di bawah keadaan anerobik (tanpa oksigen) dengan kehadiran bakteria yang ada pada tanaman.
Bagaimanapun dalam bidang bioteknologi bilangan inokulan silaj atau bahan tambahan silaj akan ditambah bagi meningkatkan nutrien dan tenaga.

Bagi pelbagai aplikasi, Ramli menghasilkan tiga jenis GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.

GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair pribiotik bagi minuman ternakan.
Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa musim hujan.

“Kajian di ladang ternakan unggas yang menggunakan GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang tidak menggunakannya,” katanya.

Ramli berkata, GenKimo-bio merupakan makanan aditif (tambahan) ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.

“Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana tidak mengandungi bahan toksik. Ia juga berupaya meningkatkan metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan,” katanya.

GenKimo-bio juga dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.

Produk GenKimo-composeed atau baja dalam bentuk serbuk mengandungi koloni bakteria terpilih pengurai bahan organik dan pengaktif mikrobial tanah.

Dr. Ramli berkata, produk berkenaan mampu menghasilkan baja organik bermutu tinggi serta mengekalkan mikrob efektif yang mampu memperbaiki kerosakan dan mengembalikan kesuburan fizikal, kimia dan biologi tanah.
Bukan itu saja, malah semasa uji rasa ayam dan ikan tilapia yang menggunakan GenKimo mendapat sambutan menggalakkan di kalangan kakitangan MARDI.
Rata-rata mereka memuji kelazatan ayam dan ikan yang menggunakan GemKimo yang disifatkan berbeza dengan yang lain.

About these ads

Comments on: "GenKimo untuk tanaman dan ternakan" (13)

  1. Mohd Hassan said:

    Salam..

    Dimana sy boleh mendapatkan bekalan GenKimo di Selangor (Banting, Klang atau Shah Alam) dan berapa harga per liter.. sy merancang untuk menggunakannya pada ternakan ayam kampung.

    Terima Kasih.

    Mohd Hassan
    Banting

    • W’salam,

      Untuk pengetahuan En Hassan, Genkimo belum berada di dalam pasaran. Untuk mendapatkan bekalan, sila hubungi Dr. Ramli Mohd Noor di talian 03-8943 7350 atau Pn. Nasha / Pn. Siti Hajar di talian 03-8943 4529. Genkimo dijual pada harga RM12.90/liter dan di’packing’ dalam 2/4/10 liter.

  2. fadzli mohamad yasin said:

    salam… saya tinggal di N9,jika saya ingin mendapatkan bekalan Genkimo
    bolehkah dihantar melalui pos ?
    Terima kasih…Fadzli

  3. Saya penternak kambing di Sandakan Sabah..Macam mana saya boleh dapatkan genkimo untuk makanan ternakan dan juga bagi penghasilan baja tahi kambing?

  4. zamorganik said:

    salam.. boleh saya ke mardi serdang untuk membeli genkimo. adakah genkimo ini IMO4? tq.

    • Tuan boleh menghubungi Dr. Ramli Noor di talian 03-8943 7350 / 012-658 1753, atau Pn. Siti Hajar / Pn. Nasha di talian 03-8943 4529. Genkimo berbeza dengan IMO4. Terima kasih.

  5. will be more effect wif vitasoil@ new sabah product

  6. jemput singgah blog saya. http://projekkambingmuda.blogspot.com/ blog seorang penternak kecil.

  7. AwgDrahman said:

    salam. sy dr marudi, sarawak. di mana boleh sy dptkn produk ini? Terima kasih.

    • Tuan boleh menghubungi Dr. Ramli Noor di talian 03-8943 7350 / 012-658 1753, atau Pn. Siti Hajar / Pn. Nasha di talian 03-8943 4529 untuk dapatkan info lanjut mengenai produk ini. Sekian, terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 189 other followers

%d bloggers like this: